Surendran lengkap pemain pinjaman skuad Kelantan


KOTA BHARU – Teka-teki siapa yang akan menjadi pemain pinjaman terakhir skuad bimbingan Datuk M. Karathu akhirnya terjawab apabila penyerang Pahang, R. Surendran menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Kelantan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Kehadiran pemain tersebut dilihat memberikan lebih banyak pilihan kepada Karathu untuk merencana jentera serangan The Red Warriors untuk kempen kali ini.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata, pemain tersebut akan mula melaporkan diri pada hari ini dan seterusnya menjalani latihan bersama pasukan pada sebelah malam.

“Segala urusan dokumentasi pendaftaran pemain ini akan dilakukan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini (semalam) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). InsyaAllah kita berharap semuanya berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah untuk mendaftarkan Surendran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Azman memberitahu, kehadiran dua pemain tersebut dianggap sudah memadai buat Kelantan dalam memperkuatkan jentera serangan.

“Kita rasa dua pemain ini sudah cukup, lagipun Kelantan mempunyai ramai penyerang tempatan. Jadi saya harap kehadiran dua tunggak ini mampu membantu pemain tempat untuk mempelajari sesuatu daripada mereka.

“Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan mutu permainan mereka di masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, selain dua perlawanan tempatan, Kelantan juga dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang sebuah kelab di Songkla, Thailand pada 26 Ogos iaitu selepas pertemuan dengan T-Team (24 Ogos) dan Kuala Lumpur (14 Ogos).

sumber : utusan malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: