Semi Pro mampu atasi masalah kewangan Liga M


Tengku Abdullah mahu FAM ambil langkah drastik selamat bola sepak negara

“TIDAK ada salahnya Liga Malaysia (Liga M) sekarang kembali kepada era Semi Pro sekiranya keadaan memerlukan,” kata bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, kemelut kewangan yang membelengu kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Liga M tahun ini memerlukan tindakan drastik daripada FAM selaku peneraju sukan bola sepak negara.

“Saya berpendapat masalah kewangan yang dihadapi beberapa persatuan bola sepak negeri musim ini boleh diatasi sekiranya Liga M kembali ke era Semi Pro.

“Walaupun imej bola sepak negara sedikit terjejas sekiranya kembali ke era Semi Pro, namun itu tidak penting, apa yang mustahak ialah bola sepak negara berada pada landasan sebenar,” katanya.

Tengku Abdullah berkata, terdapat persatuan bola sepak negeri yang terpaksa berhutang dengan pemain kerana kemelut kewangan yang serius sehingga menyebabkan prestasi pasukan merosot.

“Saya tidak nafikan ada baik dan buruk sekiranya FAM bertindak menukar Liga M dari profesional kepada Semi Pro tetapi sekiranya keadaan memerlukan apa juga yang akan berlaku perlu diterima.

“Sebagai contoh, sekiranya kita kembali ke era Semi Pro, masalah majikan tidak membenarkan pemain beraksi dengan pasukan negeri akan berlaku,” katanya yang berharap FAM bijak membuat keputusan.

Ditanya adakah FAM akan dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sekiranya Liga M ditukar ke Semi Pro, Tengku Abdullah menegas Fifa tidak ada kuasa mengenakan sebarang hukuman kepada FAM.-Ihsan BHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: