Red Warrior teruskan kebangkitan, Indra mengganas


KELANTAN 4 PERAK 0
Indra m34,50,76
Nor Farhan m76

Seperti mana skrip keputusan yang lepas, kelantan sekali lagi menunjukkan kebangkitan bilamana terus membaham lawannya. Kali ini giliran Perak pula menjadi mangsa bilamana di baham 4-0, seperti mana kelantan membaham PDRM minggu lalu. Gol-gol kelantan dihasilkan oleh Indra dan Farhan.

Indra(GAMBAR) selaku penjaring terbanyak Liga Malaysia setakat ini dengan 14 gol yang dihasilkan memulakan malam gemilang peribadinya dengan sepakan percuma pada minit ke-34 disusuli gol keduanya yang berpunca daripada lorongan cantik Md Nor Farhan dari kiri yang disudahi dengan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Perak, Kamarul Effandi dan megegarkan Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan sorakan hampir 25,000 penyokong setia Kelantan. Indra melengkapkan hatrik pada minit ke-74 dan Md Nor Farhan meletakkan namanya pada senarai penjaring enam minit kemudian. Namun Wira Merah bimbingan Peter Butler, kini memungut 40 mata daripada 13 kemenangan dan seri sekali selepas mengharungi 21 perlawanan, masih kekurangan enam mata berbanding Perlis dan lapan mata dibelakang Selangor selaku pendahulu liga.

Permainan Kelantan semalam seharusnya dipuji kerana telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara sekali dengan permainan yang pantas serta berjaya mematahkan serangan lawan dengan mudah. Kelantan sekali sekala ada juga melakukan kesalahan yang mudah tetapi nasib tidak menyebelahi Perak kerana tidak menggunakan kesempatan itu dengan mempersia-siakan peluang yang terhidang.

Rentak permainan yang kemas dan cantik ditagih berterusan supaya kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh pasukan Kelantan khususnya dalam pertemuan dengan Terengganu pada Selasa ini di Kuala Terengganu. Semangat pemain Terengganu pula semakin tinggi apabila meneruskan kemarau kemenangan liga buat Polis Diraja Malaysia dengan menundukkan tuan rumah 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban dengan dua jaringan Ashaari Samsudin, Manaf Mamat dan Azlan Ismail.

Para penyokong “THE REDS WARRIORS” diseru supaya memenuhi ruang Stadium Sultan Ismail K.Terengganu pada Selasa ini untuk memberi sokongan sepanuhnya kepada pasukan kesayangan rakyak Kelantan. “BRAVOOO REDS WARRIORS N GOMO KLATE GOMO”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: