Terengganu atasi Kuala Muda Naza


KUALA TERENGGANU – Pasukan Terengganu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri untuk menewaskan Kuala Muda Naza 2-0 dalam perlawanan ulangan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.

Gol pertama Terengganu dijaringkan oleh penyerang muda, Abdul Manaf Mamat pada minit ke-19 sebelum giliran Md. Ashaari Shamsudin pula menyempurnakan gol kedua pasukan Penyu.

Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tuan rumah lebih banyak mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Azlan Ismail mempersia-siakan hantaran lintang Abdul Manaf di hadapan pintu gol Kuala Muda Naza pada minit ke-30.

Percubaan terbaik Kuala Muda Naza muncul pada minit ke-42 apabila rembatan kencang Manzoor Azwira Wahid menyaksikan bola terkena tiang gol dan melantun ke luar padang.

Dengan kemenangan ini, Terengganu mengumpul 33 mata untuk menduduki tempat keenam carta liga berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: