Kelantan waspada hadapi PDRM



PEMAIN-PEMAIN Kelantan pikul tugas besar untuk menewaskan PDRM pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam ini.






KELANTAN akan turun ‘bertempur’ dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah rentetan rusuhan 7 April lalu tetapi skuad Kijang bakal menentang skuad PDRM bagi melengkapkan perlawanan ke-20 untuk kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasu- kan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kebangkitan PDRM sejak akhir-akhir ini perlu diberi perhatian.

Menurutnya, kekalahan tipis 2-3 PDRM kepada Perak, Sabtu lalu sudah cukup untuk me- ngingatkan pemain Kelantan agar sentiasa berwaspada dengan ancaman tersebut.

“Bermain di tempat sendiri malam esok (malam ini) mungkin menjadi kelebihan pada kita tetapi ia mungkin menjadi mimpi buruk jika kita terleka kerana pasukan lawan bermain tanpa tekanan.

“Pertemuan pada pusingan pertama Januari lalu di Kota Bharu membuktikan jentera penggempur PDRM begitu bertenaga apabila mendahului 2-0 sebelum tewas 4-2,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, perlawanan menentang Kuala Muda Naza (KM Naza) menyaksikan Kelantan masih memiliki beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera.

Katanya, kelemahan tersebut sudah dikenal pasti dan usaha-usaha untuk memperbaikinya sedang giat dilakukan apabila pemain menun- jukkan komitmen yang jitu semasa sesi lati- han.

“Kemenangan di Alor Setar, Sabtu lalu mungkin disebabkan faktor nasib apabila mereka (KM Naza) gagal memanfaatkan bebe- rapa peluang terbaik termasuk sepakan penalti yang berjaya diselamatkan oleh Shahrizan (Ismail).

“Secara jujurnya saya kurang berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan. Permai- nan terlalu perlahan dan kita gagal mengusai perlawanan sepenuhnya,” ujarnya.

Azman berkata, pemain kini sudah bersedia sepenuhnya dan komitmen yang ditunjukkan cukup mengagumkan kerana masing-masing berusaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Semua pemain perlu bekerja keras untuk mendapat tempat, tiada istilah tempat auto- matik di dalam pasukan Kelantan. Mereka yang mempamerkan persembahan terbaik sahaja akan diturunkan dalam setiap perlawa- nan,” jelasnya. -ihsan kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: