Kelantan Membelasah PDRM


Kelantan 4 – 0 PDRM.

Ailim Fahmi minit-6
Indra minit-42

Khalid minit-62&74

Pertemuan antara Kelantan dan PDRM, seperti sudah diketahui awal-awal lagi keputusannya. Di atas kertas, Kelantan dilihat sukar dicabar oleh PDRM dan keputusan ini ternyata ada kebenarannya bilamana skuad kijang berjaya menghasilkan 4 gol di laman sendiri. Manakala PDRM tidak berjaya menghasilkan sebarang gol.

Walaupun kemenangan yang boleh dianggap mudah dicapai oleh pasukan Kelantan atau pasukan yang digelar “Red Warriors” , namum tahap permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Kelantan seolah-olah masih lagi diselubungi badi bermain di Stadium Bukit Jalil walaupun bermain di stadium yang dianggap keramat bagi pasukan Kelantan. Rata-rata pemain masih lagi menunjukkan sikap sambil lewa dan nampak seakan-akan keletihan.

Tempo permainan yang agak lembap dan mengikut rentak permainan pihak lawan. Peluang yang terhidang depan gol pihak lawan banyak yang dipersia-siakan. Namun setelah kemasukkan Khalid Jamlus yang menggantikan Norfarhan serta Nizab Ayub yang menggantikan Ailim Fahmi, Kelantan kembali garang dan berjaya menghasilkan dua gol lagi menerusi Khalid yang banyak bermain hantaran satu dua dengan Nizab. Permainan Khalid boleh dianggap meningkat sedikit selepas sekian lama ketandusan gol dan boleh dianggap “SuperSub” bagi pasukan Kelantan.

Tahniah juga diucapkan kepada pertahan Kelantan kerana berjaya mengekang asakan PDRM dengan tidak melepaskan sebarang gol.Diharap pasukan Kelantan dapat memperbaiki kelemahan yang ada bagi menghadapi perlawanan yang akan datang khususnya Sabtu ini perlawanan dengan Perak yang semakin memjumpai semula sentuhan kemenangan dengan mengalahkan N.Sembilan 2-0.

Walaubagaimanapun syabas diucapkan untuk “The Red Warriors” dengan kemenangan ke atas Polis semalam dan diharap selepas pada ini kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh pasukan Kelantan….. “BRAVOOOO REDS WARRIORS” “GOMO KLATE GOMO”….


2 Responses to “Kelantan Membelasah PDRM”

  1. nik_mazda Says:

    gomo kelate gomo…!!!
    jadi molek kelate..
    kemah2…jadi top 3 pun kira berjaya doh setelah mengharungi byk masalah..

  2. saffmukmin Says:

    main sedak lagi..kami sentiasa di belake anda menyokong!!!huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: