Kafa gembira penonton disiplin


PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (dua dari kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mempunyai dua sebab untuk berasa gembira selepas aksi Liga Super menentang UPB MyTeam, malam kelmarin iaitu mengutip tiga mata dan penyokongnya menampilkan tahap disiplin tinggi dalam perlawanan pertama di gelanggang sendiri sejak dua bulan lalu.

Kemenangan 3-0 ke atas UPB MyTeam yang berlangsung dalam suasana ‘tenang’ tanpa sebarang insiden tidak diingini itu, pasti menaikkan moral pasukan yang sebelum ini seperti kehilangan punca dengan kekalahan demi kekalahan selepas diarah beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malah, perlawanan malam kelmarin boleh disifatkan sebagai ‘paling aman’ dapat disaksikan di Stadium Sultan Muhammed IV sepanjang musim ini apabila tiada sebarang objek dilemparkan ke arah trek, selain tiada bunyi dentuman mercun setiap kali meraikan jaringan tuan rumah.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, yang gembira dengan perkembangan itu, berharap penyokong pasukan bergelar Red Warriors itu akan terus memberikan sokongan padu dan menunjukkan tahap disiplin yang tinggi pada perlawanan akan datang demi kebaikan pasukan.

“Saya bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Selepas dua bulan bermain di luar, malam ini (kelmarin) penyokong dapat melihat semula aksi Kelantan di Kota Bharu dan saya harap perkembangan ini dapat memberi kebaikan kepada semua,” kata Annuar.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada akhir bulan lalu menarik balik penggantungan Stadium Sultan Muhammed IV yang dikenakan berikutan insiden rusuhan penonton di luar stadium berkenaan selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, Kelantan diarahkan bermain di Stadium Nasional, menyebabkan kedudukan kewangan Kafa terjejas berikutan kekurangan penonton selain terpaksa berulang-alik dari Kota Bharu ke ibu negara setiap kali perlawanan. -Ihsan BHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: