Perlu kawal kelakuan – FAM




PEMINAT pasukan Kelantan digesa supaya lebih bersikap tenang dan mengawal kelakuan sekiranya mahu terus menyaksikan perlawanan pasukan mereka berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV selepas ini.

Stadium keramat bagi pasukan Red Warriors itu akan bergema buat kali pertama sejak penggantungannya pada April lepas apabila skuad kendalian Peter Butler tersebut berdepan UPB-MyTeam dalam saingan Liga Super malam ini.

Situasi ini sebenarnya adalah ‘ihsan’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas berpuas hati dengan inisiatif yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Perbadanan Stadium untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM.

Begitupun, Pengerusi JPT, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu, walaupun FAM membenarkan Kelantan bermain di stadium tersebut, namun peminat pasukan Red War- riors tetap disaran agar lebih bersikap rasional dan mengamalkan semangat kesukanan bagi mengelakkan sebarang insiden yang berkemungkinan memaksa FAM mengambil tindakan drastik ke atas gelanggang mereka itu.

“Selepas JPT melawat perkemba- ngan terkini di Stadium Sultan Muhammed IV semalam (kelmarin), kami berpuas hati dengan segala inisiatif Kafa dalam memenuhi bebe- rapa syarat yang kami tetapkan,” kata Che Mat kepada Kosmo! semalam.

“Begitupun, saya ingin menyeru peminat Kelantan supaya menjaga kelakuan mereka pada setiap perlawanan yang berlangsung dan tidak melakukan tindakan ‘luar biasa’ di dalam atau di luar stadium.

“Mereka (peminat Kelantan) sepatutnya menghargai apa yang telah FAM beri kepada mereka. FAM telah ‘pulangkan’ kembali hak mereka untuk memberi sokongan kepada pasukan di tempat sendiri, jadi jaga- lah dan hormatilah apa yang kami hadiahkan kepada mereka,” kata beliau lagi.

Menurut Che Mat, selepas melihat sendiri perkembangan di sekitar stadium berkenaan, beliau berpuas hati dengan segala usaha yang dibuat oleh Kafa dan Perbadanan Stadium selain melahirkan keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka sepanjang permainan berlangsung.

“Lawatan semalam (kelmarin) turut melibatkan wakil Kafa, Perbadanan Stadium dan juga pihak polis. Semua wakil ini telah bersetuju untuk mencuba sebaik mungkin bagi memastikan ciri-ciri keselamatan ter- utama terhadap pemain terjamin.

“Walaupun ada di antara usaha mereka ini masih belum sempurna seratus peratus, seperti terowong untuk pemain ke padang serta kaunter tiket masih belum siap sepenuh- nya tetapi saya yakin semuanya akan siap seperti dalam perancangan,” kata Che Mat.

Justeru, dengan kebenaran yang telah diberikan oleh FAM itu, maka peminat Kelantan sewajarnya menggunakan peluang kedua ini untuk membuktikan bahawa mereka bukanlah berfikiran ‘kampung’ seperti yang ditunjukkan segelintir peminat fanatik mereka baru-baru ini. -Ihsan Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: