Di Bebaskan!!!


Ketegasan FAM ‘mengongkong’ hak bersuara ibarat hilang sekelip mata

KETEGASAN lalu ibarat hilang sekelip mata apabila Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menghantar isyarat jelas untuk tidak lagi ‘mengongkong’ hak bersuara pegawai persatuan negeri.

Dan pihak pertama yang meraih untung ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, yang hanya menerima amaran ketika dibebaskan daripada dua dakwaan diajukan Sekretariat FAM terhadapnya.

“Tan Sri Annuar berdepan dua dakwaan – membuat kenyataan media tanpa kebenaran FAM dan membuat kenyataan yang tidak tepat pada 2 April lalu. Beliau tidak mengaku salah dan minta kesnya dibicarakan.

“Kami berpendapat adalah tidak adil untuk menyekat presiden persatuan negeri daripada membuat kenyataan media. Sebagai presiden, beliau perlu membuatnya. Kerana itu, beliau dibebaskan daripada dakwaan pertama.

“Untuk dakwaan kedua, selepas mengkaji dan berbincang, kami mendapati kenyataannya tepat, jadi beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal,” kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah.

Buat tambah memperkukuhkan isyarat itu, jawatankuasa berkenaan juga semalam memutuskan untuk membebaskan dua jurulatih – pengendali KL Plus, Mat Zan Mat Aris dan jurulatih Perlis, Irfan Bakti – daripada dakwaan sama.

“Mat Zan membuat kenyataan pada 13 April. Irfan pula pada 11 April. Jawatankuasa berpendapat jurulatih dan presiden tidak boleh dikongkong untuk membuat kenyataan kepada media, selagi ianya tidak menyentuh dasar-dasar FAM,” kata Kamaruddin.

Perubahan itu jelas berbeza dengan pendirian jawatankuasa sama yang pernah menjatuhkan hukuman gantung setahun kepada bekas jurulatih Felda United, Reduan Abdullah, awal tahun ini, atas dakwaan sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: