Kijang temui rentak



Oleh KHAIRI MOHAMAD


PENYERANG Indra Putra Mahayuddin (kiri) antara tonggak utama Kelantan musim ini.



DUA kejayaan dalam kedua-dua perlawanan persahabatan menentang Proton FC dan Perlis membuktikan Kelantan sudah kembali ke landasan asal untuk memburu kejayaan.

Selepas hak Stadium Sultan Mohammad Ke-IV dikembalikan, skuad Kijang tidak berlengah untuk mengembalikan gelora di hati peminat mereka.

Malam kelmarin, mereka membenam Perlis 4-1 dan bagi penonton itu adalah sebab mengapa mereka berjuang untuk mengembalikan hak stadium keramat mereka.

Penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha menyifatkan kemenangan semalam merupakan titik tolak kebangkitan Kelantan dalam mengharungi baki saingan Liga Super.

“Mungkin ada yang berpendapat kita sudah terlambat tetapi apa pun kita percaya kita mampu untuk menghasilkan sesuatu dengan kebangkitan ini.

“Ini adalah antara sebab mengapa kita perlu bermain di tempat sendiri dan sudah pasti ia memberikan kelebihan apabila beraksi di tempat sendiri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, dua perlawanan persahabatan yang dianjurkan itu berjaya mengembalikan semula keyakinan pemain dan hadiah kepada penyokong yang setia berada di belakang pasukan Kelantan selama ini.

Jelasnya, melalui dua perlawanan tersebut pihak pengurusan berjaya mengesan beberapa lagi kelemahan.

“Kita banyak mencipta peluang selain beberapa gandingan baru yang dicuba juga mula menunjukkan kematangan.

“Dalam pasukan, tiada istilah ‘anak emas’. Siapa saja boleh bermain dan yang terbaik pastinya akan disenaraikan dalam kesebelasan utama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hashim turut memuji sikap yang ditunjukkan oleh penonton dan menyifatkan penonton Kelantan kini sudah belajar daripada kesilapan lalu.

“Mereka datang untuk menyaksikan dan menyokong pasukan mereka. Tiada lagi gelagat balingan botol ataupun letupan mercun mewarnai perlawanan malam semalam (kelmarin).

“Jika ini berterusan, kita yakin Kelantan akan ke Bukit Jalil sekali lagi untuk menjadi finalis dalam Piala Malaysia,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: