Penantian peminat Kijang berakhir 16 Jun



Oleh Ismail Muhamad

sukan@hmetro.com.my

SELEPAS tujuh minggu Kelantan digantung beraksi di gelanggang sendiri, peminat bola sepak tempatan kini mampu melepaskan gian untuk menyaksikan perlawanan sulung membabitkan pasukan negeri itu di Kota Bharu, 16 Jun ini.

Malah, keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) beraksi semula di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebagai hadiah besar kepada peminat negeri ini.
Sehubungan itu, Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali mahu peminat membalas kepercayaan diberikan FAM itu dengan memastikan kejadian rusuhan membabitkan penyokong negeri itu tidak berulang lagi.
Beliau berkata, kebenaran itu sudah lama dinanti peminat selepas pasukan negeri tidak dibenarkan beraksi di Kota Bharu berikutan insiden rusuhan penyokong pada 7 April lalu.

“Secara umum, penyokong Kelantan dapat menjimatkan kos untuk menyaksikan perlawanan di tempat sendiri berbanding ketika penggantungan lalu kerana terpaksa menyewa bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami sudah lama bersemangat untuk menyaksikan aksi pasukan negeri di Kota Bharu dan penerimaan rayuan Kafa sebagai hadiah paling bermakna untuk rakyat negeri ini,” katanya di Kota Bharu.

Kelantan akan menentang UPB-MyTeam dan yakin kemenangan berpihak kepada tuan rumah berdasarkan rekod cemerlang bermain di gelanggang sendiri.
Menurut Yahya, kelab penyokong akan menghidupkan pasukan gendangnya dalam menyemarakkan semangat juang pasukan nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: