Kafa anjur 2 perlawanan persahabatan




Oleh Adnan Mohamad

bhsukan@bharian.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Proton FC dan Selangor pada 5 dan 9 Jun ini bagi memberi kesempatan awal penonton tempatan menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Ia juga sebagai terima kasih Kafa kepada Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menarik balik penggantungan stadium itu yang dibuat pada 9 April lalu berikutan keganasan penonton ketika separuh akhir pertama Piala FA, dua hari sebelum itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kafa, Mohd Noor Yaakub, berkata perlawanan persahabatan itu adalah bagi membangkitkan kembali semangat pemain Kelantan yang sebelum ini dilihat agak merosot dengan lima kekalahan berturut-turut sebelum memenangi perlawanan terakhir menentang KL Plus.

Katanya, untuk perlawanan menentang Proton FC pada Jumaat ini, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada penyokong, namun tiket berharga RM10 akan dijual bagi tempat duduk astaka bersama sebuah cenderahati.

Beliau berkata, bagi perlawanan menentang Selangor pada 9 Jun pula, bayaran RM5 dikenakan untuk tempat terbuka dan RM10 bagi tempat duduk di astaka.
“Semua perbelanjaan bagi dua perlawanan terbabit akan ditanggung Kafa termasuk persediaan kepada Proton FC dan Selangor.

“Dua pegawai FAM iaitu Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FAM, Kamaruddin Abdullah serta seorang pegawai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan turut hadir pada pada perlawanan menentang Selangor bagi menilai tahap keselamatan serta meninjau proses ubahsuai stadium.

“Kekecohan yang berlaku hanya merugikan pasukan kerana penggantungan bermain di tempat sendiri menyebabkan Kafa rugi dalam kutipan tiket yang sebelum ini ditaksirkan mencapai RM500,000,” katanya.
Mohd Noor berkata, tindakan penyokong membaling botol serta membakar mercun dan merusuh sudah menyebabkan Kafa terpaksa mengeluarkan belanja hampir RM200,000 bagi membayar segala denda yang dikenakan.
Dalam perkembangan sama, Mohd Noor berkata, proses baikpulih serta pengubahsuaian stadium sedang dilakukan termasuk membina terowong daripada bilik persalinan pemain terus ke padang dan mengalihkan kaunter jualan tiket ke tempat lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: