‘Terima kasih FAM’




PENYOKONG Kelantan akhirnya dapat menyaksikan semula perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV pada 16 Jun ini.



HANYA ucapan terima kasih Persatuan Bola Sepak Malasyia (FAM) yang mampu diungkapkan penyokong Kelantan selepas FAM memberi kebenaran kepada skuad Wira Merah beraksi semula di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate.net), Muhammad Yatimin Abdullah yang mewakili lebih 1,000 ahli kelabnya mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana memberi hak semula kepada Kelantan untuk meneruskan baki saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Menurut Yatimin, beliau menganggap keputusan FAM itu tepat selepas Kelantan terpaksa menderita seketika apabila terpaksa menjadi ‘tuan rumah’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Katanya, keputusan itu juga merupakan hasil daripada sikap tidak mudah berputus asa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan pihak pengurusan Kafa yang mengemukakan pelbagai rayuan kepada FAM.

“Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Annuar kerana bersungguh-sungguh mengembalikan Kelantan ke stadium keramatnya.

“Saya yakin penyokong-penyokong Kelantan kembali bersemangat dan kemeriahan bola sepak di sini akan kembali bersinar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kelab Penyokong Kelantan, Harun Ali pula mengharapkan penyokong Kelantan tidak mengulangi perbuatan di luar batasan ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV selepas ini.

Katanya, penyokong-penyokong Kelantan sepatutnya menjadikan kejadian rusuhan sebelum ini sebagai satu pengajaran.

“Saya minta semua penyokong setia Kelantan datang beramai-ramai ke Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menyaksikan perlawanan Kelantan menentang UPB-MyTeam pada 16 Jun ini bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak negeri ini,” katanya.

Dalam insiden pada 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan menentang Negeri Sembilan, Kafa telah didenda sebanyak RM100,000 ekoran kejadian rusuhan oleh penyokongnya.

Sepanjang tempoh tujuh minggu sejak penggantungan itu, Kelantan terlepas peluang beraksi di Kota Bharu apabila terpaksa mengharungi empat perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pada empat perlawanan itu, Kelantan seri 1-1 dengan Selangor (11 April), tewas 1-2 kepada Johor FC (12 Mei), tewas 1-2 kepada Perlis (19 Mei) dan menang 1-0 ke atas KL Plus (26 Mei).

kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: