Penyokong Kelantan terima apa jua keputusan


Perbuatan yang tidak bermoral segelintir penyokong Kelantan
padahnya diterima oleh seluruh rakyat Kelantan.


KUALA LUMPUR – Dua kelab penyokong bola sepak pasukan Kelantan bersedia untuk menerima dan menyokong apa jua keputusan yang bakal diputuskan mesyuarat Majlis Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini, sama ada menarik diri atau meneruskan baki saingan Liga Super.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Marhashim Mat berkata, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu Kelantan yang baru dinobatkan sebagai naib juara Piala FA 2009 menarik diri.

“Ini kerana jika perkara itu berlaku ia amat merugikan terutamanya dari segi pembangunan bakat-bakat muda yang ada di Kelantan.

“Jalan penyelesaian masih belum tertutup sepenuhnya kerana mungkin boleh mengajukan terus masalah ini kepada presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah,” katanya lagi.

Beliau berkata, apa pun, pihaknya tetap berpendirian untuk menyokong penuh apa juga keputusan yang akan dibuat oleh KAFA, yang turut disokong oleh pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd. Yahya Jamada Ali.

“Kita tetap berdiri teguh di belakang KAFA jika hasrat menarik diri diteruskan juga,” kata Mohd. Yahya ketika dihubungi.

Tambah beliau, pihaknya tidak mahu melihat kisah lama berulang kembali iaitu KAFA terpaksa menanggung beban kewangan yang akhirnya akan memusnahkan pasukan itu sendiri.

“Kemeriahan bola sepak tempatan akan hilang serinya tahun ini kerana persembahan Kelantan merupakan salah satu faktor yang menjadikannya lebih menarik terutamanya daripada sokongan peminat,” katanya. – Ihsan Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: