Api perjuangan Kelantan terus menyala


Kesungguhan pemain kelantan untuk
memburu kemenangan akhirnya termakbul.

KUALA LUMPUR – Kelantan akhirnya menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan apabila menundukkan KL PLUS 1-0 dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Gol tunggal Zairul Fitree Ishak pada babak pertama cukup untuk menggembirakan kira-kira 300 penyokong skuad Wira Merah itu, yang amat mengharapkan kemenangan selepas dilanda pelbagai masalah akibat hukuman yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, aksi kedua-dua pasukan pada 10 minit pertama berlangsung hambar dengan bola banyak berlegar di tengah padang dan sesekali menyaksikan cubaan liar dari rangkaian serangan masing-masing.

Sehingga di minit ke-20 apabila penyerang Kelantan, Che Hishamuddin Hassan yang saling bertukar hantaran dengan Indra Putra Mahayuddin melakukan rembatan dalam petak penalti, namun penjaga gol KL PLUS, Razi Effandi Suhit berjaya menepis bola keluar.

Kelantan memperolehi gol pertama pada minit ke-34 apabila pertahanan kiri, Zairul melakukan sepakan voli dari luar kotak penalti selepas pertahanan KL PLUS cuba mengeluarkan bola sepakan percuma Mohd. Zamri Ramli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: