KL Plus mahu kecewakan Kelantan



PEMAIN KL Plus, Mohammad Ab. Aziz Ismail tersungkur selepas diasak kapten Kelantan, Badhri Radzi (kanan) pada perlawanan Liga Super, Sabtu lalu.



PASUKAN berstatus kelab, KL Plus bersedia menambah episod kekalahan Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu kembali berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pengurus KL Plus, Husni Md. Yusof berkata, setelah menewaskan Kelantan 2-0 juga pada saingan Liga Super, Sabtu lalu, bari- sannya kini berkeyakinan tinggi untuk mengulangi kejutan.

“Moral pemain-pemain kini sangat tinggi untuk meneruskan rentak kemenangan, sekali gus meraih tiga mata lagi walaupun sedar Kelantan merupakan sebuah pasukan yang bagus,” kata Husni semalam.

Untuk rekod, perlawanan antara kedua- dua pasukan sepatutnya berlangsung pada 3 Januari lepas sebagai perlawanan pertama.

Namun, ia terpaksa dibatalkan setelah Kelantan didakwa gagal menyediakan venue yang baik di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Ekoran itu, Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) bertindak memberikan kemena- ngan percuma 3-0 berpihak kepada KL Plus sebelum menarik balik keputusan tersebut.

Kelantan dilihat mula kehilangan taring selepas tewas lima perlawanan berturut-turut.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada keletihan pemain-pemain yang terpaksa melalui perjalanan jauh akibat penggantungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Mengenai spekulasi skuad Wira Merah itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Husni berkata, pihaknya yang meminta siasatan dilaku- kan.

“Perkara itu disiasat SPRM sejak sebulan lepas dan setakat ini belum ada apa-apa mengenainya dan kita cuba melihat perkara ini dari sudut positif,” katanya.

KL Plus yang dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris kini menduduki tangga ke-11 Liga Super dengan hanya mencatatkan lima kemenangan daripada 16 perlawanan yang diharu- ngi.

kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: