Benitez bangga pencapaian Liverpool


BIRMINGHAM, England – Rafael Benitez percaya Liverpool telah menunjukkan petanda peningkatan mendadak dalam kancah Liga Perdana England musim ini sekalipun peluang mereka untuk menyaingi gelaran juara sudah tertutup.

Mata tertinggi yang pernah dikutip mereka ialah 82 mata pada 2006, musim kedua Benitez bersama Liverpool tetapi dengan baki dua perlawanan sekarang ini mereka telah mengumpul 80 mata dan hanya tewas dua kali dalam saingan liga musim ini.

Walaupun Benitez berasa kecewa pasukannya sudah tidak mampu untuk meneruskan persaingan merebut takhta tetapi beliau sudah merasakan pasukannya telah mempamerkan peningkatan dalam kempen musim ini.

“Bagi kami 80 mata sudah cukup bagus, 82 merupakan mata terbaik yang pernah kami kumpul dalam Liga Perdana England sebelum ini.

“Ia saat yang menakjubkan jika kami berjaya mengatasinya, walaupun menamatkan saingan dengan 86 mata ia sudah cukup bagus,

“Saya gembira kerana kami begitu konsisten. Ia sesuatu yang positif dan baik untuk masa depan.

“Kami akan cuba melaksanakan tugas dalam baki perlawanan dan lihat apa yang akan terjadi.

Liverpool akan menerima suntikan dengan kehadiran semula pemain tengah, Xabi Alonso selepas dia terlepas perlawanan menentang West Ham kerana kecederaan buku lali.

Walaupun mengharungi musim yang cemerlang bersama pasukan Liverpool, Alonso merasakan kejayaan hanya dapat diukur melalui trofi kejuaraan.

Alonso mengakui tujuh keputusan seri yang dicatatkan Liverpool di tempat sendiri sedikit menjejaskan peluang mereka merangkul piala.

“Jika hendak diikutkan dalam aksi liga ia adalah yang terbaik berbanding sebelum ini tetapi jika anda tidak memenangi sebarang piala ia tidak boleh dikira musim yang bagus.

“Kami sepatutnya berasa kecewa dengan diri sendiri, cuba untuk mengkritik dan menganalisis apa yang kami tidak lakukan dengan sebaik mungkin.

“Sudah tentu anda juga perlu fikirkan kami telah melakukan peningkatan dalam Liga Perdana England dan kami perlu terus bekerja keras.

“Ia begitu menyakitkan apabila melihat dan memikirkannya semula keputusan seri yang telah dicatatkan termasuk dua kekalahan.

“Ia suatu perkara biasa untuk memikirkan di mana kami akan berada jika berjaya mencatatkan beberapa lagi keputusan yang bagus. Namun, semua pasukan dalam liga boleh memperkatakan perkara yang sama,” katanya.

Pemain tengah West Brom, Borja Valero mengharapkan kemenangan dapat dicatatkan apabila bertemu rakannya Alvaro Arbeloa untuk menghidupkan peluang mereka yang berada di tangga terbawah liga keluar dari penyingkiran.

Kedua-dua pemain yang beraksi bersama di Real Madrid masih lagi perhubung selepas kedua-duanya berpindah ke England.

Albion kurang tiga mata untuk berada di zon selamat dan Valero masih sempat berjenaka, tatkala peluang Liverpool untuk merangkul piala sudah berkubur.

“Saya memberitahu mereka tidak mempunyai peluang untuk menjuarai liga dan memberikan kami tiga mata untuk tidak tersingkir

“Ia akan menjadi lebih sukar, sudah tentu salah satu perlawanan yang sukar tahun ini.

“Namun, kami yakin beraksi di tempat sendiri buat masa ini dan kami perlu percaya kepada diri sendiri dan cuba untuk memenangi perlawanan ini.

“Apa yang akan berlaku kami akan memberikan kesukaran buat Liverpool di The Hawthorns,” katanya.

Pengurus West Brom, Tony Mowbray perlu membuat keputusan sama ada terus menggunakan Dean Kiely atau memanggil pemain yang disahkan cergas, Scott Carson tetapi Graham Dorrans dan James Morrison kedua-duanya tidak dapat beraksi. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: