Red Warriors perlu tonik baru


Episod malam derita nampaknya semakin berpanjangan,kecundang tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini kepada Selangor dalam perlawanan akhir Piala Fa melalui penentuan penalti serta tewas 2-0 lagi kepada Negeri Sembilan dan terbaru di hampakan oleh Johor FC 2-1 selasa lepas.

Jika keadaan ini berterusan nama The Red Warriors akan berkubur dan pelbagai masalah akan di hadapi oleh pengurusan tertinggi KAFA.Masalah utama sudah pasti berkaitan kebajikan pemain iaitu pembayaran gaji.Bayangkan rata-rata gaji pemain baru mnerima gaji sekitar RM3K-4K,ini tidak termasuk yang mewakili Malaysia yang kebanyakanya menerima RM10K keatas.

Apa yang pasti jika hak bermain di Kelantan tidak dipulangkan kembali oleh FAM sudah pasti Kelantan akan terus mengalami kekalahan demi kekalahan kerana moral pemain pasti akan merudum tanpa sokongan padu penyokong setia di Kota Bharu.

Sekarang episod akhir ini sudah pasti terarah kepada kebijaksanaan presiden KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa untuk menyelesaikan kemelut ini sebaik mungkin.

Ketua jurulatih Kelantan iaitu Peter Butler perlu mencari idea-idea baru bagi membentuk kombinasi mantap kepada pemain-pemain serta memberikan motvasi kepada pemain bagi menyuntik kembali semangat pemain setelah gagal dalam merebut piala FA tempoh hari.

Pemain-pemain Kelantan perlu diberikan ‘tonik’ baru bagi mengalas tugas getir kerana perlawanan-perlawanan selepas ini menemukan lawan yang cukup digeruni seperti Perlis yang berada kelompok teratas liga.

Ditambah pula jadual perlawanan yang diubah sesuka hati oleh badan induk bolasepak malaysia FAM menjadikan keadaan Kelantan agak sukar kerana tepaksa melayan pasukan-pasukan besar dalam tempoh yang terdekat seolah-olah mengambarkan negara kita sedang menganjurkan perlawanan liga kampung.

Apa yang pasti peminat-peminat setia The Red Warriors amat menantikan kebangkitan kembali skuad Kelantan dan berharap sekurang-kurangnya dapat membawa pulang satu piala ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: