Kelantan ‘penentu arah’ Singa Utara


Reds Warriors bagai duri dalam daging Perlis

BAGI Perlis pertembungan penting menentang Kelantan di Kangar, Sabtu ini dianggap sebagai penentu arah perjuangan mereka dalam merealisasikan impian besar mahu menjuarai mahkota kejuaraan Liga Super, musim ini. 

Hakikat itu tidak dinafikan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim kerana menyuarakan rasa bimbang prestasi mengagumkan dipamerkan skuad bimbingan Peter Butler itu kebelakangan ini, termasuk muncul naib juara Piala FA, selepas ditewaskan Selangor pada 25 April lalu.

Dia tidak mahu membuat andaian kekuatan Perlis berpandu kepada rekod hebat tanpa kalah dalam lapan perlawanan liga kerana akur keupayaan lawan bergelar Red Warriors itu tidak boleh dipandang remeh. 

“Kami percaya Kelantan tidak serius dalam pertemuan itu sebaliknya akan berusaha untuk bangkit dengan lebih garang selepas kecundang dua kali kepada Negeri Sembilan dan Johor FC. 
“Justeru, pemain tidak boleh sesekali mengambil mudah cabaran lawan ini, perlu turun dengan semangat juang yang kental dan memanfaatkan segala peluang untuk menggegar jaring,” katanya.

Dalam perlawanan terakhir, minggu lalu, Perlis menewaskan Polis 3-1 manakala Kelantan kecundang dua kali kepada Negeri Sembilan, 2-0 dan Johor FC, 2-1, kelmarin. 

Bagaimanapun, kejayaan Perlis sedikit terjejas apabila penyerang mudanya, Ahmad Fakri Sharaani dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil pada minit 79 – sekali gus terpaksa di ketepikan pada pertemuan dengan Kelantan itu.


credit:bharian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: