Jangan fikir kekuatan lawan




BADRI (dua dari kanan) pikul tugas penting untuk memastikan Kelantan raih tiga mata penuh pada aksi liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.



MAIN dengan kekuatan kita dan jangan risau dengan kelebihan lawan.

Itu nasihat pembantu jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha kepada pemain skuad Kijang yang akan turun melayan Johor FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Menurutnya, Kelantan memiliki kelebihan kerana diberikan tempoh rehat yang agak panjang iaitu hampir dua minggu dan sepanjang tempoh tersebut pelbagai percaturan telah dilakukan.

“Kita sedar berdepan Johor FC bukan satu tugas yang mudah tetapi kita percaya dengan kemampuan yang kita miliki untuk mendapatkan tiga mata penuh.

“Mereka (Johor FC) adalah pasukan yang berpengalaman dan ‘orang lama’ dalam Liga Super. Kita menghormati mereka tetapi kita juga tidak harus terlalu merendah diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, Kelantan kini turut menyenaraikan beberapa pemain Piala Presiden ke dalam skuad senior sebagai langkah memberi pendedahan selain persiapan sekiranya berlaku masalah kecederaan.

Katanya, semua pemain telah melalui pelbagai persiapan terutama dari segi mental supaya semangat ketika mereka beraksi di Bukit Jalil sama seperti aksi di Kota Bharu.

Jelasnya, selepas tunduk kepada Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu, Kelantan tidak mampu untuk tewas lagi bagi memastikan misi merebut kejuaraan Liga Super tercapai.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi memberitahu, dia bakal kembali bergandingan dengan Khairan Eroza Razali yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Bagaimanapun katanya, Kelantan kehilangan khidmat Khalid Jamlus yang digantung akibat mengumpul tiga kad kuning dan Sarudy Aziz yang cedera.

“Ini adalah pertemuan pertama kita menentang Johor FC dan mereka memiliki beberapa pemain berkualiti selain corak permainan pantas dan lebih taktikal.

“Kita perlu lebih berhati-hati dengan rentak serangan mereka kerana mereka pastinya akan lebih banyak menggunakan Eddy Helmi (Manan) yang bertindak selaku sayap kanan untuk menggempur kubu kita,” ujarnya.

Badri juga menamakan beberapa pemain Johor FC yang perlu diberi perhatian seperti Nurul Azwan Roya dan Wan Rohaimi Ismail, kedua-duanya adalah anak jati Kelantan.

credit:kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: