Negeri Sembilan kian jauh


Kalah kepada Terengganu….

SEGALANYA musnah. Begitulah nasib Negeri Sembilan tatkala berusaha mengutip kemenangan kesembilan tapi dibalas dengan kekecewaan selepas kecundang 2-0 kepada Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Perlawanan kedua-dua pasukan sepatutnya dilangsungkan kelmarin tapi ditangguhkan kerana padang ditakungi air ekoran hujan lebat ketika 10 minit babak kedua bersambung.
Penyerang muda, Abdul Manaf Mamat, meletakkan Terengganu selaku tuan rumah di depan seawal minit ke-8 selepas bijak memperdayakan pertahanan Negeri Sembilan.
Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan mula mengatur rentak perlawanan memburu gol penyamaan, namun gagal.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, tendangan percuma Zairol Anuar Zailani melengkapkan kemenangan bergaya sekali gus meranapkan terus impian skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan merapatkan kedudukan dengan dua pasukan teratas, Perlis dan Selangor.

 Berikutan kemenangan itu, Terengganu yang sebelum ini berada di tangga kelima corot, melonjak ke tempat keenam dengan mengumpul 21 mata.

hmetro..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: