Keputusan Liga Juara-Juara Eropah


Pemain-pemain barcelona meraikan gol jaringan Andres Iniesta seterusnya menewaskan Chelsea pada separuh akhir kedua melalui kiraan gol di tempat lawan

Chelsea 1 (Michael Essien, 9) – Barcelona 1 (A Iniesta 90+2) (Barcelona layak agregat 1-1, kelebihan gol di tempat lawan)

update:

Iniesta julang Barcelona ke final

LONDON: Barcelona menempah tiket ke final Liga Juara-Juara Eropah apabila jaringan penyamaan Andres Iniesta menyingkirkan Chelsea di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

Keputusan 1-1 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama sebelum ini bermakna Barcelona layak ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. 
Barcelona akan bertemu penyandang juara, Manchester United di perlawanan akhir di Rom, Itali pada 27 Mei ini.

United semalam layak selepas mengalahkan Arsenal dengan agregat 4-1. 

Perlawanan pagi tadi penuh dramatik apabila Iniesta menjadi hero Barcelona menjaringkan gol penyamaan pada minit kecederaan. 
Sebelum ini, Chelsea yang mendominasi perlawanan terutama di bahagian serangan, mendahului pada minit ke-9 menerusi jaringan Michael Essien.

Peluang Barcelona seakan berakhir apabila Eric Abidal diarah keluar padang selepas dilayang kad merah tetapi Iniesta mencuri kelalaian pertahanan Chelsea dengan sepakan volley menggegar jaring. – Reuters 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: