Kelantan beraksi di bawah kemampuan


INDRA PUTRA tidak beraksi pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

BUKAN malam Kelantan.

Itu kesimpulan yang dibuat oleh penolong jurulatih Kelantan, Ha- shim Mustapha apabila anak buahnya tunduk 0-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Meskipun tewas, beliau meminta penyokong Kelantan supaya terus setia menyokong pasukan kerana itu bukanlah tanda kejatuhan sang Kijang ataupun kesan kekalahan pada perlawanan akhir Piala FA ketika bertemu Selangor, 25 April lalu.

Menurutnya, Kelantan memiliki beberapa peluang keemasan, namun gagal memanfaatkannya selain ada beberapa pemain yang beraksi di bawah prestasi sebenar.

“Ketiadaan Indra Putra Mahyud- din dan Norfarhan Mohamad memberi kesan kepada keseluruhan permainan kerana kita kehilangan seorang perancang yang baik serta penjaring gol yang paling efektif.

“Kecederaan Sarudy (Aziz) dan Nizad (Ayub) pada awal permainan turut merencatkan perancangan kita dan pemain yang menggantikan mereka tidak beraksi pada tahap sebenar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tempoh rehat hampir dua minggu sebelum turun bertemu Johor FC pada 12 Mei ini akan digunakan sepenuhnya untuk melakukan post mortem serta membaiki beberapa lagi kelemahan yang telah dikenal pasti.

Katanya, pemain juga sedang menjalani persiapan mental supaya mereka dapat kembali beraksi dengan baik di Stadium Nasional, Bukit Jalil sepanjang tempoh penggantungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Ada beberapa pemain yang masih belum selesa beraksi di Bukit Jalil walaupun stadium tersebut dijadikan venue tuan rumah untuk Kelantan.

“Selain itu, pihak pengurusan juga sudah mengenal pasti beberapa posisi yang memerlukan perubahan dan kita akan membawa masuk beberapa pemain baru bila tiba masanya,” ujar Hashim.

Jelasnya, beberapa posisi tersebut adalah seperti penjaga gol untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Halim Napi, bek tengah serta posisi penyerang.

Selain itu, Hashim turut mengulas mengenai prestasi ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi yang dilihat kurang konsisten.

“Dia mungkin kepenatan kerana beraksi dalam semua permainan melibatkan pasukan Kelantan termasuk dalam perlawanan Piala Emas Raja-Raja sebelum kempen Liga Super bermula.

“Kita harapkan Piya (Badri) lebih jujur kerana jika dia beraksi dalam keletihan, ia pastinya akan menjejaskan rakan-rakan lain,” jelasnya.

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: