Jang malukan Kelantan



PEMAIN Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abd. Radzak (kiri) dikawal ketat dua pertahanan Kelantan dalam saingan Liga Super di Paroi malam tadi.







NEGERI SEMBILAN sekali lagi memalukan Kelantan.

Kali ini, skuad Hoben Jang Hoben itu mencatat kemenangan 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Shukor Adan meledak gol pertama tuan rumah pada minit ke-11 hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol Kelantan.

Biarpun Negeri Sembilan lebih banyak mengasak kubu lawan selepas gol pembukaan tersebut, namun tiga peluang untuk menambah jaringan gagal disempurnakan dengan baik.

Aksi babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Begitupun, pasukan pelawat tambah tertekan apabila Shukor menjaringkan gol kedua pada minit ke-83 selepas berjaya menanduk bola hasil sepakan percuma daripada kapten, Rezal Zambry Yahya.

Dalam pada itu, sesuatu yang boleh dibanggakan apabila perlawanan berakhir tanpa sebarang insiden pergaduhan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

Di Stadium Shah Alam, Selangor terus memberi tekanan kepada Perlis selepas berjaya menewaskan Terengganu 3-1.

Rudie Ramli membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-14 sebelum Safee Sali menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-38.

Terengganu berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-83.

Seminit kemudian, Safee menjaringkan gol kedua peribadinya seterusnya memastikan kemenangan bergaya 3-1 buat Selangor.

Selangor kini hanya kurang satu mata berbanding Perlis selepas pendahulu Liga Super itu sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Muda Naza di Stadium Utama, Kangar.

Perlis ternyata mempersia-siakan kelebihan yang ada setelah pemain Kuala Muda Naza, Mohd. Syahman Zainuddin dilayangkan kad merah pada minit ke-63.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: