Surat rayuan sudah ada


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa mereka sudah menerima surat rayuan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), sekali gus melerai kekusutan dan tanda tanya kedua-dua pihak.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata beliau menerima surat rayuan berkenaan pada 27 April lalu walaupun Kafa mendakwa surat itu sudah dikirim menggunakan faksimili ke pejabat badan induk kebangsaan itu pada tarikh tutup, 23 April.

Bagaimanapun, pengakuan Azzuddin itu seharusnya melegakan pemimpin Kafa yang sebelum ini mungkin dianggap tidak serius untuk merayu bagi membolehkan Kelantan kembali beraksi di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu.

“Ya, saya sudah menerima surat rayuan mereka pada 27 April lalu. Surat itu ada pada Jabatan Pertandingan kami tetapi saya belum melihat sendiri apa isi kandungannya. Saya perlu meneliti surat berkenaan sebelum menyerahkan semula kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

“Perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat ini,” kata Azzuddin tanpa menjelaskan mengapa beliau terlewat menerima surat yang didakwa Kafa dihantar pada 23 April itu.

Sebelum ini, Kafa dilarang menganjurkan sebarang perlawanan Liga-M di Stadium Sultan Mohamad IV selepas segelintir penyokong mereka merusuh dan membakar beberapa kenderaan termasuk milik polis.

Larangan itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin FAM yang bagaimanapun memberi tempoh hingga dua minggu yang berakhir pada 23 April lalu untuk Kafa mengemukakan rayuan.

Ketiadaan sebarang perlawanan di Stadium Sultan Mohamad IV bagi baki musim ini boleh menyebabkan Kafa menanggung kerugian kira-kira RM2 juta hasil jualan tiket sekali gus meresahkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

Sebagai ganti, Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dijadikan gelanggang Kelantan sementara FAM membuat keputusan berhubung rayuan Kafa itu.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh, berkata ruang untuk Kelantan beraksi di Kota Bharu tetap ada.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: