Red Warriors perlu tumbangkan Rusa tempang


Di sebalik kekalahan The Red Warriors kepada Selangor dalam final piala akhir sabtu lepas tidak melunturkan semangat pemain untuk menumbangkan pasukan ‘psikologi taktikal’ iaitu n.sembilan malam ini.

Walaupun bermain di tempat lawan Kelantan perlu membuktikan sekali lagi bahawa kemenangan 2-1  pada separuh akhir piala FA ke atas N.9 tempoh hari bukanlah nasib semata-mata.

 Tugas berat bakal di pikul oleh Kapten berambut trojan Kelantan iaitu Piya bagi mengemudi jentera tengah serta membantu rakan-rakan mendapatkan gol,apa yang diharapkan dari Piya agar lebih ‘serius’ ketika berada di padang dan dapat memainkan peranan sebagai kapten dan ‘midfield’ Kelantan.Jika permainan Piya merosot malam ini tidak mstahil kelantan akan berduka lara.

Kelantan bakal kehilangan pemain berbisa iaitu sang botak indra yang terpaksa berehat kerana mengumpul 3 kad kuning.Kehilangan Indra amat di rasakan dalam pasukan kerana kebolehan dan semangat juang beliau selama ini menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan walaupun ketinggalan jaringan.

 Posisi indra sepatutnya di isi oleh budak sekolah Zamri yang menerima khabar gembira kerana terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan.Beliau mempunyai skill serta kawalan bola yang baik dengan hantaran-hantaran yang mengelirukan.Agak rugi jika diletakan budak ini di posisi pertahanan.

 The Red Warriors pasti mengharapkan lagi sentuhan dari pemain sensasi dari Terengganu iaitu Norfarhan serta dibantu Che Hishammudin yang dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama Kelantan yang diharap dapt mengucar kacirkan pertahanan kental N.9.

 Apa yang perlu dilakukan oleh Peter Butler mengekalkan benteng pertahanan semasa melawan Selangor sabtu lepas dan jangan sesekali memasukkan bek perlahan Kelantan iaitu Azlan yang ternyata membawa sial semasa perlawanan menetang N.9 di kota bharu tempohari.

 Semua pemain berada dikelas tersendiri dan mempunyai semangat membuak-buak untuk melakarkan kemenangan malam ini setelah dijanjikan akan di bawa ke Old Trafford walaupun ada segelintir pihak yang tidak berpuashati dan cuba merentap kegembiraan pemain-pemain Kelantan.

 Penyokong-penyokong Kelantan terutamanya yang berada di lembah Klang diharap dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan beramai memngegarkan stadium paroi malam ini.

 

Post by :The Red Warriors

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: