Silap bagi penalti


LONDON: Pengadil, Howard Webb mengakui melakukan kesilapan menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester United sewaktu perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford, Sabtu lalu.
Pasukan pelawat mendahului 2-0 ketika Webb menyatakan penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes mengasari Michael Carrick selepas permainan berlangsung selama 57 minit apabila rakaman ulang tayang televisyen menunjukkan dia menampan bola keluar untuk menyelamatkan keadaan sebelum bertembung dengan pemain tengah itu.
Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti itu untuk kembali meletakkan United bersaing dalam perlawanan itu yang menyaksikan mereka akhirnya menang 5-2 untuk kembali melonjak ke tangga teratas liga.
Webb memberitahu: “Saya menyaksikannya semula dan saya rasa ia kesilapan tetapi kami membuat keputusan seperti itu dengan jujur.

“Ia bukan satu perkara senang dengan aksi seperti itu melalui pandangan ketika berada di atas padang.” Bercakap kepada BBC Radio Cambridgeshire, Webb berkata: “Saya dapat melihat pemain Manchester United menyentuh bola dan melihatnya dipaut oleh penjaga gol tetapi tidak dapat melihat lencongan jari penjaga gol menyentuh bola itu.
“Saya kecewa kerana saya sentiasa cuba mencari kesempurnaan. Saya akan melihat pita dengan lebih lanjut pada penghujung minggu selepas ini dan cuba mengelak daripada kembali berlaku pada masa depan.

“Saya tidak mahu mempunyai kesan negatif terhadap perlawanan dan saya tidak mendapat kepuasan daripada mencapai tahap tinggi yang kami letakkan terhadap diri kami sendiri.”
Pemain tengah Spurs, Jermaine Jenas mengkritik keputusan itu dengan mengatakan Webb “goyah di bawah tekanan” dan pemain itu kini akan berdepan tindakan disiplin daripada Persatuan Bola Sepak (FA) terhadap komen diberikannya.
FA memberikannya tempoh selama tujuh hari untuk menjelaskan kenyataan dibuatnya selepas dipetik sebagai berkata: “Suasana, keadaan, kepentingan perlawanan itu, banyak faktor perlu diambil kira apabila keputusan dibuat”. – Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: