Durian runtuh untuk pemain Kelantan


PARA pemain Kelantan gembira selepas menerima pakej melancong sambil belajar selama 13 hari ke Liverpool dan Manchester, wang saku serta bonus di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Biarpun kalah, namun pemain Kelantan tetap mendapat durian runtuh apabila pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperuntukkan sebanyak RM200,000 sebagai ganjaran kepada mereka kerana mencipta sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu.

Ganjaran tersebut meliputi ‘pakej melancong sambil belajar’ selama 13 hari ke London, Liverpool dan Manchester, England, wang saku dan bonus.

Ia juga sebagai suntikan semangat untuk memastikan pemain menamatkan kemarau kejuaraan selama 39 tahun yang kali terakhir Kelantan memenangi kejohanan berprestij pada tahun 1921 ketika Piala HMS Malaya diperkenalkan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, habuan itu diberikan kerana para pemain serta pegawai persatuan tersebut telah berjaya mentransformasikan bola sepak Kelantan Sabtu lalu.

Katanya, skuad Kijang masih berpeluang untuk menebus kemarau tersebut dengan merangkul dua lagi kejohanan berprestij negara, Liga Super dan Piala Malaysia.

“Saya berharap para pemain akan meneruskan rentak cemerlang ini bagi memastikan kita dapat memberikan hadiah yang cukup bernilai kepada para penyokong setia negeri ini.

“Urusan untuk ke London telah selesai, seramai 40 pegawai dan pemain serta 30 penyokong setia akan berangkat ke sana 12 Ogos ini.

“Di sana, kita bukan hanya pergi melancong kerana kita telah mengaturkan dua perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan di Leeds dan Liverpool serta mungkin bersama pasukan rakyat Malaysia yang tinggal di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika majlis penyerahan bonus kepada para pemain di Restoran Cikgu Nasi Ulam di sini semalam.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya telah menghantar surat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar membenarkan pasukan tersebut beraksi di gelanggang sendiri pada Jun ini .

“Kita telah lampirkan bersama hasil kajian tentang kesan yang akan dihadapi Kelantan jika beraksi di gelanggang luar dan berharap FAM membenarkan kita beraksi di gelanggang sendiri selepas ini.

“Beraksi di gelanggang luar amat berat bagi kita walaupun ada kelebihannya yang tersendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, KAFA turut meminta Perbadanan Stadium Sultan Muhammed IV supaya menaik taraf stadium tersebut mengikut standard FIFA.

“Saya dimaklumkan kerajaan negeri telah bersetuju dengan permintaan ini dan kerja-kerja untuk menaik taraf stadium akan dilakukan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia pasukan terbabit yang sentiasa memberikan sokongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: