Kelantan gagal penuhi impian


Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my

SELANGOR menggunakan pengalaman beraksi di pentas saingan besar untuk menuai satu lagi hasil besar apabila menjulang Piala FA buat kali kelima selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Apapun, anak didik K Devan jelas tidak memenangi mudah ketika lawan bergelar The Red Warriors itu – yang membuat penampilan pertama di final sejak 1970 – memberi saingan sengit sehingga ke minit terakhir permainan masa tambahan sebelum Merah Kuning dapat mengesahkan pingat kejuaraan.

Dengan Kelantan menampakkan gemuruh, berikutan penampilan pertama dalam final piala domestik selepas kemarau 39 tahun, skuad Merah Kuning mengambil kesempatan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke pintu gol dengan habuannya adalah tiga sepakan sudut dalam empat minit pertama.

Ancaman Selangor berterusan selepas itu dengan Safee Sali melakukan lambungan tepat di luar kotak penalti lawan pada minit kelima, namun penjaga gol, Shahrizan Ismail bertindak cemerlang menafikan percubaan itu.

Selepas mengekang ancaman bahaya bertali arus itu, Kelantan menemui rentak dengan percubaan pertama hadir menerusi Ezrie Shafizie Sazali minit ke-21 yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter dan hanya sedikit melepasi palang gol.

Disuntik keyakinan, The Red Warriors nyaris berada di depan, namun rembatan Indra Putra Mahayuddin dari jarak 30 meter terkena palang gol Selangor.

Selepas rehat, Kelantan memiliki peluang awal di babak kedua, apabila sepakan percuma kapten pasukan, Badhri Radzi minit ke-48 tepat ke jangkauan Mohd Rizal Fahmi, tetapi tandukannya melepasi gol lawan.

Peluang terbaik Selangor hadir menerusi sepakan voli Rudie Ramli minit ke-67, namun Shahrizan sekali lagi bertindak cemerlang mendakap kemas percubaan itu.

Pasukan bimbingan Peter Butler itu terus menghadirkan ancaman menerusi percubaan tepat Ahmad Ezrie Shafizie (minit ke-73) dan Mohd Norfarhan Mohammad (minit ke-82), tetapi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan buat mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sumber : Berita Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: