Kelantan ghairah tunggu penentuan





PEMAIN pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (dua dari kiri) dan rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, semalam sebagai persiapan menghadapi perlawanan akhir bola sepak Piala FA, Sabtu ini.




Skuad Kijang yang akhirnya berjaya meredah halangan untuk melangkah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil merebut Piala FA, turun padang memulakan sesi latihan, semalam sebagai persiapan menanti hari paling getir.

Mereka kelihatan cukup bersemangat untuk mencipta sejarah peribadi, juga sejarah bagi persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan negeri kerana inilah pertama kali masuk ke perlawanan akhir Piala FA sejak ia diperkenalkan.

KAFA sudah pun menjanjikan mereka ke Old Trafford dan beberapa siri perlawanan persahabatan di lubuk Manchester United dan beberapa insentif lain biarpun berdepan dengan kekangan kewangan setelah Kelantan tidak lagi dibenarkan menjadi tuan rumah.

Presidennya, Tan Sri Anuar Musa yang berhempas pulas memikul bebanan bagi menjayakan misi ini menyifatkan, kemenangan bakal menjadi satu kebangkitan baru dalam arena bola sepak Kelantan.

Kerajaan negeri pula cuba menokok lagi semangat mereka dengan janji imbuhan kecemerlangan RM30,000 bagi membawa pulang piala kebanggaan itu untuk tontonan rakyat kelantan.

Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood menyatakan ia merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri bagi menghargai jasa pemain dan pengurusan mengharumkan nama negeri dalam sukan yang diminati umum ini.

“Kita pandang ke hadapan dan tinggalkan perkara yang buruk yang sudah berlaku di belakang. Buktikan kita adalah yang terbaik dan kita ada ciri-ciri untuk berjaya,” katanya.

Tentunya apa yang lebih penting kini ialah keseluruhan tumpuan pemain terarah sepenuhnya terhadap perjuangan akhir itu, Sabtu ini di tengah sokongan padu penyokongnya yang menaruh harapan menggunung.

Soal bola sepak Kelantan sejak sehari dua kini mengisi banyak perbualan seharian masyarakat tanpa mengira sesiapa, mengatasi cerita politik yang tidak berkesudahan.

Keghairahan untuk mereka berduyun-duyun memberi sokongan di stadium barangkali boleh dilihat dengan jualan tiket yang hampir mencecah 10,000 daripada 20,000 yang diperuntukkan kepada KAFA sepanjang dua hari lalu.

Berpuluh-puluh buah bas yang disediakan oleh pelbagai pihak, malah termasuk dari selatan Thai bagi kemudahan membawa mereka untuk memenuhi sebahagian daripada ruang stadium itu kelak.

Namun, KAFA menasihatkan para peminat supaya mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA di kaunter yang sah – di Stadium Sultan Muhammed IV, Wisma KAFA dan Majlis Sukan Negeri agar mereka tidak terpedaya oleh sebarang sindiket yang menjual tiket palsu.

Penolong Setiausahanya, Arif Hassan memberitahu, saranan tersebut dibuat supaya para penyokong mendapatkan tiket yang sah dan mengelakkan diri daripada tertipu dengan sindiket yang menjual tiket palsu.

Kaunter-kaunter tiket akan ditutup pukul 4 petang hari ini.

utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: