Ribuan penyokong Kelantan ke Bukit Jalil


KOTA BHARU – Lebih 40,000 penyokong Kelantan dijangka memenuhi ruang Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk bersama menyaksikan sejarah bola sepak negeri itu tercipta dalam perlawanan akhir bola sepak Piala FA pada Sabtu ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Haron Ali berkata, keghairahan rakyat Kelantan begitu memuncak dan begitu ramai yang akan memberi sokongan padu bagi menjadikan impian menjadi juara suatu kenyataan.

”Mereka bukan sahaja dari negeri ini tetapi juga yang berada di Kuala Lumpur serta negeri-negeri lain untuk sama-sama merasai bahang perlawanan, memberi sokongan dan meraikan kemenangan,” ujarnya.

Katanya, pihak kelab sendiri berusaha menyediakan lebih 40 buah bas dari beberapa negeri untuk membawa para penyokong dengan begitu ramai membuat tempahan.

”Malangnya para pengusaha bas mula menaikkan harga sewaan sekitar RM2,600 hingga RM2,900 sehingga kami terpaksa membatalkan semua tempahan itu kerana ia membebankan penyokong.

”Kami meminta maaf kerana masalah ini. Pengusaha menaikkan harga dengan tiba-tiba sedangkan semasa perlawanan separuh akhir kedua di Negeri Sembilan, harga sewaan sekitar RM1,900 dan RM2,000 sahaja.

”Ini bermakna penyokong terpaksa membayar RM80 termasuk tiket berbanding RM60 sebelum ini. Kita batalkan tempahan semalam kerana bimbang akan dianggap cuba meraih keuntungan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Mohd. Noor Yaacob ketika dihubungi kesal dengan tindakan para pengusaha bas itu.

”Ia akan turut menjejaskan persediaan KAFA untuk menarik seramai mungkin penyokong Kelantan Stadium Nasional sedangkan mereka sepatutnya turut bersama membantu dan bukannya mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih besar.

”Mereka seolah-olah tidak menunjukkan semangat untuk bersama-sama menjayakan harapan seluruh rakyat Kelantan dan kami berharap mereka akan mempertimbangkan semula kadar bayaran itu,” katanya.

Menurut beliau, ini akan membolehkan lebih ramai penyokong Kelantan menyertai perjalanan yang membawa misi bersejarah dalam arena bola sepak negeri.

Sementara itu, Mohd Noor memberitahu, pejabat KAFA memperuntukkan 20,000 keping tiket menyaksikan perlawanan akhir itu yang boleh dibeli di Stadium Sultan Muhamad Keempat Kota Bharu, di Wisma KAFA dan Majlis Sukan negeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: