Hinanya orang yang meninggalkan solat


Jangan Tinggal Solat…

Ada satu kisah pada zaman Nabi Musa AS mengenai penghinaan Allah SWT kepada mereka yg meninggalkan solat. Ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, namun dia tidak dikurniakan zuriat. Terdetik dihatinya, sekiranya dia memdapat seorang anak, dia akan minum air kencing anjing hitam. 


Hendak dijadikan cerita, Allah mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil. Apabila cukup tempohnya, dia selamat melahirkan seorang anak. Selepas mendapat anak yg diidamkan, si lelaki tdi berasa rungsing kerana teringatkan nazar yg sudAH dibuatnya, iaitu meminum air kencing anjing hitam. 

Syariat pada zaman nabi Musa berbeza dengan syRIAt YG turun untuk umat nabi Muhammad SAW. Kalau umat zaman nabi Muhammad, sekiranya kita bernazar sesuatu benda yg haram, kita tidak perlu melaksanakannya. 

Sebaliknya kita perlu menggantikanya dengan denda aatupun kifarah. Berbeza dengan syariat pada zaman nabi Musa, sesiapa yg bernazar, walaupun ianya suatu yg haram, nazar itu perlu dilaksanakan juga. 

Si lelaki yg sudah mendapat seorang anak itu, dengan rasa susahhati pergi menemui nabi Musa. Dia menceritakan kepada baginda apa yg sudah terjadi kepada dirinya.

Nabi Musa menyatakan kepadanya bahawa dia tidak perlu meminum air kencing anjing hitam. Sebaliknya, menggantikannya dengan air yang lebih hina daripada itu. Baginda memerintahkan lelaki itu supaya menadah air yg jatuh dari bumbung rumah orang yg meninggalkan solat dan minum air itu. Lalu, lelaki itu dengan senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh nbi Musa kepadanya. 

lihatlah betapa hinanya darjat orang yg meninggalkan solat sehingga dikatakan air yg jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Wallahu’alam.

One Response to “Hinanya orang yang meninggalkan solat”

  1. kalu jenis hok nok asar baru semaye zohor, guana kiro plak??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: