Habuan RM30,000 menanti Kelantan





PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA selepas skuad Wira Merah melangkah ke perlawanan akhir merebut piala idaman itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA.

Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

“Walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kami tetap menghargai kejayaan pasukan Wira Merah,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM ’09) di Tanah Merah semalam.


PEMAIN Kelantan dijanji habuan lumayan jika berjaya menjuarai Piala FA musim ini.



Abdul Fatah berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu melakukan kejutan menjuarai Piala FA seterusnya mencipta sejarah bagi pasukan itu apabila pertama kali memenangi piala tersebut.

Jelasnya, walaupun pasukan Selangor merupakan antara pasukan yang kuat pada musim ini, namun beliau menaruh kepercayaan pemain Kelantan dapat menewaskan pasukan Gergasi Merah itu.

“Saya mengharapkan pemain Kelan- tan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membawa pulang Piala FA seterusnya mencipta sejarah pasukan Kelantan yang pertama dapat menjulang Piala FA,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Fatah juga mengharapkan penyokong Kelantan dapat memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini bagi memberi sokongan padu kepada pemain-pemain Kelantan.

Katanya, sokongan tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang pemain Kelantan sepanjang perlawanan itu berlangsung kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: