Akhbar kritik strategi pincang Ferguson



Strategi Makan Diri


KETUA pasukan Manchester United, Rio Ferdinand (kiri) berjalan longlai ke arah rakan sepasukannya yang turut kecewa selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti kedua ketika membuat penentuan dengan Everton pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, kelmarin. United tewas 2-4 pada penentuan sepakan penalti itu selepas diikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan sebenar dan 30 minit masa tambahan. – REUTERS






LONDON – Alex Ferguson tidak perlu menyalahkan orang lain tetapi dirinya sendiri selepas Manchester United tewas dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Everton, ulas akhbar-akhbar harian di sini, kelmarin.

Pengulas media berkata, tindakan pengurus United itu membariskan pemain simpanan dan merehatkan pemain utama menjelang perlawanan Liga Perdana England minggu ini menentang Portsmouth, terpaksa dibayar dengan harga mahal untuk memenangi lima piala.

Ferguson telah melakukan lapan pertukaran dari barisan utama yang mengalahkan FC Porto empat hari lalu dan membariskan pemain muda serta pemain yang sering dipinggirkan sebelum ini.

“Manchester United, telah menyusahkan diri sendiri menyebabkan mereka tewas. Dalam situasi yang pelik ini, mereka tidak boleh hanya mengawal satu kejohanan sahaja sambil mengekalkan pemain lain untuk dua kejohanan lagi yang masih terbuka buat mereka.

“Ini adalah fungsi kepada perancangan utama dan strateginya untuk memenangi lima piala seperti dikoyak-koyak dan dimasukkan ke dalam bakul sampah.

“Perkataan untuk memenangi lima kejuaraan sekarang ini lenyap dari sejarah bola sepak sepantas apabila ia mula-mula muncul,” lapor The Guardian.

Ia seperti memberi maksud yang jelas apa yang akan terjadi dalam saingan Piala FA pada masa akan datang, Ferguson begitu bersedia untuk memperjudikan nasibnya merebut gelaran.

“Banyak perkara yang dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk melakukan keajaiban dalam Piala FA tetapi, kelmarin Fergie telah melakukan yang terbaik untuk meletakkannya semula dalam bayang-bayang,” kata Daily Mirror.

Laporan The Daily Telegraph pula: “Pada mulanya melihat barisan pemain yang diletakkan United, ia seperti Ferguson membariskan pasukan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA remaja, bukan untuk memberi cabaran menempatkan diri dalam perlawanan akhir piala yang tertua di dalam dunia.

“Ferguson sebelum ini melayang saingan piala itu dengan penghormatan tinggi dan tidak pernah tewas dalam lapan perlawanan separuh akhir sebelum ini.”

Dari sudut positif, The Times berkata, ia memberi peluang kepada pengurus David Moyes untuk menyinar.

“Bagi sesetengah dari mereka, ia mungkin akan meninggalkan kenangan pahit tetapi ia membolehkan kami melihat apa sebenarnya Piala FA kepada pemain, jurulatih dan penyokong Everton,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: