The Red Warriors disambut bagai wira



LEBIH 100 penyokong Kelab Persatuan Bole Sepak Jajahan Kota Bharu menyambut kepulangan Pasukan The Red Warrior di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

KEJAYAAN mencipta sejarah menjejaki pentas akhir Piala FA musim ini, menguatkan lagi tekad pemain Kelantan untuk membuktikan pengharaman bermain di gelanggang sendiri, bukan penghalang untuk mereka terus mencipta sejarah.

Kemenangan 2-1 menundukkan Negeri Sembilan malam kelmarin, dengan aggregat 2-2 sebelum layak ke pentas final atas kelebihan jaringan di tempat lawan, memberi amaran awal kepada Selangor betapa Kelantan kini semakin bersemangat untuk meratah lawannya itu dalam aksi kemuncak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu nanti.

Kapten Kelantan, Badhri Radzi, berkata kemenangan ke atas Negeri Sembilan itu membuktikan pengharaman bermain di gelanggang sendiri tidak memberi kesan kepada pemain The Red Warriors yang kini menanam tekad untuk mencipta sejarah baru iaitu membawa balik Piala FA ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini nanti.

“Penantian selama 39 tahun untuk membawa pulang piala berprestij ke Kelantan jika berhasil menundukkan Selangor nanti, bukan suatu misi yang mustahil.

“Gelanggang lawan ini turut sama membawa ‘semangat keramat’ sama seperti Stadium Sultan Muhammad IV,” katanya sebaik saja pasukan Kelantan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Walaupun belum lagi dinobatkan sebagai juara Piala FA, ketibaan pasukan The Red Warriors itu disambut bagaikan wira oleh lebih 100 penyokong mereka dari Persatuan Bola Sepak Jajahan Kota Bharu.

Malah lebih hebat lagi, bas yang membawa pasukan berkenaan diiringi sebuah kereta peronda polis serta beberapa kenderaan penyokong, sambil mengibar bendera Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Badhri berkata, dengan keadaan pemain yang kini semuanya berada dalam situasi semangat juang yang tinggi, bermain di Stadium Nasional nanti tidak akan memberikan sebarang masalah kerana pernah bermain di padang berkenaan.

“Apa yang kami harapkan nanti pada perlawanan akhir itu ialah sokongan penuh dari penyokong Kelantan sama ada dari Kelantan yang pergi dari sini atau yang sudah tinggal di Lembah Klang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: