Tahniah Red Warriors





BAGUS…pemain Kelantan bersalaman dengan penyokong setia 
di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

KEPULANGAN pemain pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, petang semalam, disambut meriah kira-kira 100 penyokong selepas layak ke final Piala FA menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. 

Kelantan yang sebelum ini tidak pernah layak ke final, berazam tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila bertemu Selangor yang menewaskan Perlis 2-1 dalam satu lagi perlawanan.

Sebelum ini, skuad Red Warriors itu tewas 0-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV sehingga mencetuskan rusuhan. Bagaimanapun, kekalahan itu berjaya ditebus dengan kemenangan bergaya di Paroi.

Kelantan layak ke final berdasarkan kiraan gol di tempat lawan walaupun mencatat agregat 2-2, hasil jaringan Mohd Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin.

Pemain Kelantan yang tiba jam 4 petang semalam disambut meriah sebelum menaiki bas sambil diiringi anggota polis serta kereta penyokong yang turut mengibarkan bendera Kelantan ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Kapten, Muhamad Badri Radzi, bangga kerana Kelantan kini sudah mencatat sejarah apabila layak ke final Piala FA buat kali pertama. 

Katanya, pasukan akan berjuang habis-habisan bagi membawa pulang piala itu walaupun sedar lawan kali ini bukannya mudah apatah lagi Selangor pernah menewaskan Kelantan 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam sebelum seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini. 

Katanya, melihat pada perlawanan serta rakan sepasukan yang kini begitu bersemangat, tidak mustahil Piala FA kali ini akan berjaya dibawa pulang ke Kota Bharu sebagai hadiah kepada penyokong yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan padu.

“Saya berharap penyokong akan datang beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 25 April ini bagi memberikan sokongan padu agar menjulang piala itu.

“Walaupun sedar terpaksa berhadapan Selangor yang kini semakin gagah, saya yakin tidak mustahil boleh dijinakkan,” katanya.

credit: Hmetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: