Selangor awasi Indra, Farhan



KELIBAT bekas penyerang kebangsaan yang kini menyarung jersi Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad menghadirkan gelisah yang bukan sedikit di hati pengendali skuad Selangor, K Devan yang menyifatkan dua pemain itu sebagai ancaman paling besar buat pasukannya.

Perlawanan akhir Piala FA bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, dan Devan menganggap kedua-dua pemain itu boleh menghancurkan impian Gergasi Merah untuk membawa pulang gelaran pertama musim ini.

“Indra Putra dan Norfarhan adalah dua pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan. Itulah yang saya bimbangkan. Mereka mampu menjaringkan gol walaupun di tempat lawan. Apatah lagi kali ini kami akan bermain di gelanggang berkecuali.

“Apa yang saya perhatikan, Kelantan mempunyai motivasi cukup tinggi untuk menghadapi final Piala FA musim ini. Inilah peluang mereka mencipta sejarah kerana sudah lebih 30 tahun mereka tidak menang gelaran utama di liga tempatan.

“Motivasi seperti itulah yang memainkan peranan penting. Bagi saya, semangat, keinginan untuk menang dan motivasi adalah tiga faktor utama bakal menentukan siapa bakal bergelar juara.

“Kalau sekadar mempunyai pemain hebat yang mampu mempamer taktikal bagus, ia tidak akan banyak membantu kerana kali ini, anda memerlukan lebih daripada itu jika mahu merangkul Piala FA,” kata Devan.

Walaupun bimbang, Devan mengakui beliau mahu menang bagi menyempurnakan sasaran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang meletakkan sekurang-kurangnya satu piala untuk anak buahnya musim ini.

Kali terakhir Selangor memenangi Piala FA ialah pada 2005 dan cubaan mereka untuk mengungguli gelaran itu musim lalu dikecewakan Kedah pada perlawanan akhir.

Menyedari Kelantan mempunyai motivasi yang lebih baik untuk mencipta sejarah tersendiri, Devan tidak mahu berlengah sebaliknya mula menumpukan usaha meningkatkan faktor serupa kepada pemain mulai hari ini.

“Dalam tempoh lima atau enam hari ini, saya akan memberitahu anak buah saya supaya tidak terlalu memandang rendah keupayaan lawan selain perlu mempunyai motivasi yang tidak kurang berbanding lawan.

“Pertemuan kali ini langsung tidak serupa dengan pertemuan Liga Super sebelum ini. Kami menang sekali dan seri sekali sepanjang bertemu Kelantan musim ini tetapi bagi saya, perlawanan akhir Piala FA adalah jauh lebih sukar,” katanya.

credit:Hmetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: