Impian 5 piala United musnah


Tim Howard bergembira setelah pasukannya (Everton) berjaya layak ke final. Howard muncul wira pasukannya selepas berjaya menafikan sepakan penalti daripada Dimitar Berbatov dan Rio Ferdinand.

WEMBLEY – Manchester United gulung tikar.
Semalam, skuad kendalian Alex Ferguson itu ditunjuk jalan keluar oleh Everton pada perlawanan separuh akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Wembley.

Everton menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat seri tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan.

Kemenangan itu memastikan tempat Everton ke perlawanan akhir untuk menentang Chelsea pada 30 Mei depan sekali gus menamatkan penantian mereka selama 14 tahun.

Chelsea mara selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir kelmarin.

Bagi United, kekalahan itu memusnahkan hajat mereka untuk meraih lima gelaran musim ini.

Pada aksi semalam, penjaga gol Everton, Tim Howard muncul wira pasukannya selepas berjaya menafikan sepakan penalti daripada Dimitar Berbatov dan Rio Ferdinand.

Leighton Baines, Phil Neville, James Vaughan dan Phil Jagielka pula masing-masing cemerlang menewaskan penjaga gol United, Ben Foster. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: