Harapan tinggi penyokong Kelantan


PENYOKONG-penyokong Kelantan menyambut kepulangan skuad negeri itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU – Sambutan bagaikan juara! Itu yang diterima oleh para pemain pasukan Kelantan yang melakar sejarah layak ke perlawanan akhir Piala FA setelah menanti sejak 39 tahun untuk menjulang salah satu piala kebanggaan di peringkat negara.

Mereka dikejutkan dengan sambutan penyokong setia dari Kelab Penyokong Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira pukul 3.30 petang, semalam setelah pulang dengan menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Presiden Kelab Penyokong Kelantan, Harun Ali berkata, sambutan itu diadakan bagi meniup semangat para pemain supaya memberikan aksi terbaik pada perlawanan akhir Sabtu ini.

“Mereka telah mencatatkan sejarah yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh peminat setia pasukan ini. Jadi sambutan ini hanya penghargaan kami kepada mereka kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah di luar padang.

“Kami amat berharap supaya mereka beraksi dengan baik pada perlawanan akhir dengan Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Ismail Petra di sini, semalam.

Pada perlawanan, kelmarin strategi utama Wira Merah berjaya membuahkan hasil walaupun terpaksa bertarung di gelanggang lawan dekat Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas menang 2-l ke atas Negeri Sembilan menjadikan agregat 2-2 dan mara dengan peraturan jaringan di tempat lawan.

Kejayaan ke perlawanan akhir Piala FA sangat manis bagi pasukan tersebut kerana mereka terpaksa menempuh kepayahan termasuk tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri sehingga ke penghujung musim.

Malah, mereka juga terpaksa melupakan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi yang digantung sehingga satu tempoh yang belum ditetapkan lagi.

Dalam pada itu, hero Wira Merah, Indra Putra Mahayuddin yang menjaringkan gol kemenangan pasukan itu berkata, kekentalan kesemua barisan pemain yang beraksi tanpa mengenal erti kalah menjadi kunci kemenangan yang penuh gemilang malam, kelmarin.

“Kita juga terkejut dengan gol awal daripada tuan rumah tetapi terus bermain dengan tekad untuk mencipta kemenangan.

“Mujur kita mampu bertahan dengan baik dalam penuh tekanan dan pada masa yang sama berjaya menghasilkan gol untuk memberi kelebihan kepada kita,” tambahnya.

Tambahnya, semua pemain pasukan tersebut berada pada tahap moral tertinggi untuk bertemu dengan Selangor pada Sabtu ini dan mahu menyiapkan sejarah yang mula dilakar.

Katanya, semangat anggota pasukan membara untuk memberikan hadiah paling bermakna untuk rakyat Kelantan yang mencintai sukan bola sepak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: