Kelantan,Selangor mara ke final


‘The Red Warriors’ gah akhiri penantian 39 tahun beraksi di perlawanan akhir


BELENGGU derita dihapuskan Kelantan yang bangkit menundukkan Negeri Sembilan 2-1 dan mara hasil kelebihan gol tempat lawan buat menempah pertembungan dengan Selangor pada aksi kemuncak Piala FA, Sabtu nanti. 

Selangor juga melangkah hasil kemampuan menangani tentangan sengit dijelmakan Perlis, sebelum gol cantik menerusi tandukan Amri Yahyah memastikan kejayaan 2-1 dan kelebihan agregat 3-2 di Stadium Shah Alam.

 Buat Kelantan yang bergelar ‘The Red Warriors’, kemunculan pada final nanti adalah nikmat julung kali dirasai selepas penantian selama 39 tahun dan mereka harus berterima kasih kepada gol kemenangan sumbangan Indra Putra Mahayuddin. 

Kerana Negeri Sembilan, menang 1-0 ketika aksi di Kota Bharu, 7 April lalu, menggandakan kelebihan agregat 2-0 apabila Mohd Asyraf Al Japri memanfaatkan umpanan Mohd Zaquan Adha untuk gol pendahuluan pada minit kelima. 

Namun Kelantan tidak menyerah kalah untuk Mohd Nor Farhan mengikat kedudukan 1-1 menerusi gol pada minit ke-48 sebelum Indra menanduk masuk gol kemenangan Kelantan pada minit ke-52.

Buat Selangor, gol awal untuk memecah kebuntuan 1-1 pada pertemuan pertama di Kangar berjaya diperolehi pada minit ke-15 apabila Amri cantik mengagak hantaran silang Rudie Ramli untuk menanduk masuk ke sasaran.

Namun Perlis memastikan pertarungan sengit berlanjutan apabila Azi Shahril Azmi meledakkan rembatan deras untuk gol pengikat, tiga minit kemudiannya, sehinggalah Amri menanduk masuk gol kemenangan ketika aksi tampak bakal berlanjutan ke masa tambahan.

credit :Bharian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: