Lampard penyelamat Chelsea


LONDON: Frank Lampard muncul penyelamat Chelsea apabila jaringan penyamaannya membolehkan pasukannya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, mengalahkan Liverpool dengan agregat 7-5, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan penuh dramatik pada saingan kedua suku akhir itu, kedudukan saling berubah sehinggalah Lampard membawa Chelsea pada kedudukan 4-4 sebelum tamat permainan.

Pada pertemuan suku akhir pertama sebelum ini, Chelsea mengejutkan Liverpool dengan 3-1.

Pasukan kendalian Guus Hiddink itu dua kali tercicir apabila Liverpool mendahuli 2-0 dan 4-3.

Namun, Lampard mengerah semula semangat pasukannya untuk menyamakakan kedudukan pada minit terakhir.

Kemenangan itu membolehkan Chelsea bertemu Barcelona pada separuh akhir.

“Ia perlawanan yang hebat dan kami berjaya melakukan untuk kami dan penyokong Liverpool,” kata Lampard.

Liverpool membuka jaringan menerusi sepakan percuma Fabio Aurelio sebelum disusuli penalti menerusi Xabi Alonso pada separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua, Chelsea meningkatkan serangan sebelum Lampard memperoleh gol disusuli jaringan Alex dan Didier Drogba.

Liverpool seperti tercabar kemudian memperoleh gol menerusi Lucas Leiva dan Dirk Kuyt untuk menjadikan kedudukan 4-3 sebelum Lampard mengukuhkan peluang Chelsea untuk menunjukkan Liverpool jalan keluar. – AFP

Sumber : Berita Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: