FAM tentukan nasib Halim minggu depan


HALIM (tengah) memijak Aidil Zafuan (terbaring) pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV pada 7 April lalu.

PENJAGA gol kontroversi Kelantan, Halim Napi bakal mengetahui nasibnya apabila Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersidang minggu depan dengan kes membabitkan pemain itu dijangka menjadi keutamaan jawatankuasa itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan kes membabitkan pemain itu bakal dibincangkan jawatankuasa yang dipengerusikan bekas pemain kebangsaan, Kamaruddin Abdullah.

Halim didakwa mengasari pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV pada 7 April lalu.

Namun, jawatankuasa disiplin sehingga kini masih belum dapat menentukan sama ada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa akan dipanggil berdepan jawatankuasa itu berhubung kenyataannya yang menyoal tahap pengadilan pada 31 Mac lalu.

“Kes membabitkan Halim akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa disiplin minggu depan dan dia juga akan dipanggil untuk memberikan keterangannya.

“Keputusan mengenai Annuar masih belum ditentukan kerana segala butiran mengenai kenyataannya perlu diperhalusi ahli jawatankuasa terlebih dulu sebelum menentukan sama ada dia akan dipanggil atau tidak,” kata Azzuddin.

Sementara itu, Azzuddin menyambut baik kesediaan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membantu badan induk itu mendapatkan khidmat jurulatih import bagi melatih skuad Harimau Muda.

Kesudian MSN itu dilihat sebagai satu langkah positif buat badan induk itu kerana ia mampu meringankan tugas K Rajagobal yang kini memikul beban berganda sebagai jurulatih Harimau Muda dan skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23).

theredwarriors royak:-Tok payoh umum lah mugo tahu belako doh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: