Bukit Jalil ada kelebihan sendiri – Butler


KUALA LUMPUR – Walaupun gagal meraih tiga mata pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi baru gelanggang sendiri, jurulatih Kelantan Peter Butler masih menganggap ia tetap memberi kelebihan buat mereka.

Katanya, memang berbeza beraksi di Bukit Jalil berbanding Stadium Sultan Muhammed IV namun keadaan padang yang cantik dan kemudahan yang selesa memberi kelebihan buat pemainnya.

“Mereka (pemain) patut rasa berbangga memperoleh stadium ini sebagai gelanggang sendiri, ia bukan sahaja banyak kemudahan tetapi tahap permainan juga dijangka akan meningkat,” katanya kelmarin.

Jelasnya, ia juga bukan satu tekanan buat mereka terpaksa beraksi dalam baki saingan Liga Super serta kejohanan lain di stadium tersebut sehingga Disember ini.

“Saya tidak menggangap pertukaran stadium ini akan memberi kesukaran buat kami dan memberi tekanan kepada pemain.

“Walaupun perbezaan di sini berbanding di Kota Bharu begitu ketara terutama dari kehadiran penonton tetapi kami tetap mempamerkan permaianan bersemangat seperti perlawanan malam ini (kelmarin),” katanya.

Butler menganggap keputusan 1-1 menentang Selangor adalah satu keputusan yang adil memandangkan perlawanan tersebut berlangsung sengit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: