Perlis kukuh persada liga, Selangor dan Kelantan sama liat


SAFEE (atas) diasak keras pemain Kelantan, Mohd Farisham Ismail (merah) dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Selangor dan Kelantan terikat 1-1 di Stadium Nasional

PERLIS kian mengukuhkan cengkaman menerajui carta Liga Super selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas UPB MyTeam tetapi perlawanan tumpuan, malam tadi terarah kepada pertembungan Kelantan – Selangor yang berkesudahan 1-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kelantan yang kini menjadikan Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri sehingga akhir musim ini – gara-gara hukuman keras ke atas kekecohan di Kota Bahru, baru-baru ini – jelas menguat peluang itu dengan kehadiran penyokong mereka untuk mendahului minit ke-45 hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin.

Pelawat kemudian kembali mengatur gerakkan lebih tersusun pada babak kedua selepas jurulatih pasukan, K Devan melakukan beberapa pertukaran taktikal dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Safee Sali pada minit ke-79 buat menghampakan tuan rumah.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Perlis berjaya mendahului dua gol pada 10 minit pertama perlawanan menerusi Azi Shahril Azmi (minit ke-2) dan Ahmad Fakri Sharaani (m-8) sebelum MyTeam meningkatkan permainan pada babak kedua untuk mendapatkan gol sagu hati menerusi Stanley Bernard (m-52).

Di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kedah meneruskan kebangkitan dengan menewaskan Terengganu 2-0 dengan gol sumbangan Mat Sabre Abu (m-14) dan Afif Amiruddin (m-88).

Dalam perlawanan Liga Super lain, KM Naza menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Darulaman manakala Negeri Sembilan hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Polis di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Pahang turut gagal merampas mata penuh apabila dipaksa seri 1-1 ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Darulmakmur, begitu juga pertembungan KL Plus-Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang berakhir dengan seri 1-1.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: