Kelantan tidak jadi tarik diri


KAFA buat pusingan ‘U’ akan tetap teruskan aksi dalam Liga M

HANYA sehari selepas ‘mengancam’ untuk menarik diri daripada Liga Malaysia, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, berubah fikiran dan bersetuju patuh kepada arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kepatuhan itu ketara menerusi persetujuan Kafa supaya semua aksi Kelantan dilangsungkan di Stadium Nasional – sekali gus memadamkan ketegasan mahu menarik diri jika tiada pilihan lain dimiliki.

“Annuar sudah mengesahkan ketika mesyuarat Majlis FAM tadi, bahawa Kelantan akan tetap meneruskan aksi dalam saingan Liga-M musim ini dan menjelaskan mereka akan hanya menarik diri jika tiada jalan penyelesaian lain.

“Beliau juga berkata Kafa akan menempatkan pasukan di Kuala Lumpur jika Stadium Nasional dijadikan gelanggang tempat sendiri sehingga akhir musim ini.

“FAM berpuas hati dengan penjelasannya dan bersetuju supaya Stadium Nasional dijadikan gelanggang mereka,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.

Ancaman itu terbit ekoran rasa tidak puas hati Annuar terhadap tindakan FAM menggantung Stadium Sultan Mohamad IV sehingga hujung musim ini selepas insiden keganasan penyokong sebaik tamat aksi separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Selain penggantungan itu, Kafa turut didenda lebih RM100,000.

Namun di sebalik itu, Redzuan mengakui Annuar ‘belum bebas sepenuhnya’ kerana dia masih berdepan kemungkinan dikenakan tindakan Jawatankuasa Disiplin FAM ekoran kenyataan mempersoalkan tahap pengadilan selepas aksi pada 31 Mac lalu.

“Ia akan diputuskan Jawatankuasa Disiplin dalam masa terdekat ini dan Annuar juga diminta memberi beberapa butiran terperinci berhubung kenyataannya itu,” kata Redzuan.

Majlis FAM bagaimanapun memberi khabar gembira kepada KAFA apabila membatalkan keputusan Jawatankuasa Pertandingan memberi kemenangan percuma kepada KL Plus selepas aksi menentang pasukan itu pada 3 Januari lalu tidak dapat dilangsungkan.

“Perlawanan itu akan dimainkan semula di Stadium Nasional pada tarikh yang akan diumumkan jawatankuasa pertandingan nanti,” kata Redzuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: