Kelantan gagal pintas Selangor


KELANTAN gagal memintas kedudukan Selangor di tangga kedua Liga Super selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kelantan mendahului menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada masa kecederaan babak pertama sebelum Safee Sali menyamakan kedudukan buat Selangor pada minit ke-78.

Perlawanan bermula lancar dengan 5,000 penyokong Kelantan dan 5,000 penyokong Selangor ditempatkan berasingan bagi mengelak kekecohan berlaku.

Selangor terlebih dahulu menguji benteng tuan rumah pada minit kelapan tetapi percubaan R. Surendren dari dalam kotak penalti berjaya dihalang baik penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail.

Kapten Selangor, D. Surendran pula mempersia-siakan peluang satu lawan satu ketika berdepan Shahrizan pada minit ke-13 selepas percubaannya sedikit tersasar.

Kelantan pula memperoleh peluang terbaik pada minit ke-19 tetapi tandukan Rizal Fahmi Rosid hasil sepakan penjuru ketua pasukan, Badri Radzi sedikit melewati palang gol Selangor.

Memasuki masa kecederaan babak pertama, Kelantan akhirnya memecah kebuntuan gol selepas sepakan gunting Indra Putra hasil hantaran lintang Nor Farhan Muhammad sekadar ditampan ke dalam gawang oleh penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Sebaik babak kedua bermula, Kelantan terus garang melakukan serangan dan mereka hampir menambah jaringan pada minit ke-47 dan 55, kedua-duanya menerusi rembatan deras Nor Farhan yang sedikit sipi dari pintu gol Selangor.

Selangor berpeluang menyamakan kedudukan menerusi rembatan R. Surendren pada minit ke-72 dan lambungan P. Gunalan minit ke-75 tetapi Shahrizan cemerlang menyelamatkan gawangnya.

Gawang Kelantan akhirnya dibolosi pada minit ke-78 selepas tandukan ke belakang penyerang gantian, Rudie Ramli berjaya disambut baik Safee yang melepaskan rembatan kencang menewaskan Shahrizan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: