Hukuman Ke Atas KAFA


Berikutan 2 kekecohan ketika skuad Kelantan menentang skuad Negeri Sembilan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya terpaksa mengambil tindakan dengan mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). KAFA diarahkan membayar denda hampir RM110,000, suatu nilai yang agak besar, ke atas dua pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan pertama, membabitkan perlawanan dengan Negeri Sembilan pada 31 Mac lepas, KAFA di sabitkan dengan 3 kesalahan :-
i) Penyokong kelantan membaling objek berbahaya kepada pemain dan pegawai Negeri Sembilan – denda RM5,000.
ii) Penyokong Kelantan membaling objek sehingga terkena pengadil kedua – Denda RM 10,000
iii) Penyokong Kelantan membaling objek keras ke arah bas pasukan Negeri Sembilan sehingga mengakibatkan kerosakan teruk -denda RM25,000 serta gantirugi kepada pemilik bas RM19,770.

Dalam pertuduhan kedua pula, yang membabitkan perlawanan dengan Negeri Sembilan pada 7 April baru-baru ini, KAFA dituduh gagal mengawal penyokong mereka merosakkan beberapa kenderaan, menterbalikkan dan membakar kenderaan pihak berkuasa – Denda RM 50,000 serta menanggung kos semua kerosakan tersebut.

Selain di denda oleh FAM, Stadium SMIV juga di gantung daripada menganjurkan sebarang perlawanan sehingga 31 Disember tahun ini.

Walaupun bagaimanapun, FAM masih membenarkan KAFA membuat rayuan dalam tempoh dua minggu dari tarikh pertuduhan.

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: