Laluan Kelantan makin sukar



 Kebangkitan mendadak skuad bola sepak Kelantan dalam liga utama musim ini mungkin terjejas sekiranya negeri itu tidak lagi berpeluang menjadi tuan rumah ekoran rusuhan penyokong di sini kelmarin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang bimbang jika keadaan berterusan sehingga akhir musim Liga Super yang masih banyak berkata, KAFA akan berdepan dengan kesukaran kewangan bagi membiayai pengendalian pasukan.

”Kalau kita terpaksa bermain di tempat lain ketika sepatutnya menjadi tuan rumah, ia akan menjejaskan pasukan dan juga kewangan kerana berkemungkinan tidak berupaya mengendali pasukan termasuk membayar gaji.

”Kita baru tempoh separuh musim dengan perjalanan masih jauh, jadi saya merayu penyokong yang menyayangi pasukan negeri memastikan peristiwa yang tidak elok ini tidak berulang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis KAFA di sini petang semalam.

Secara keseluruhan, katanya, KAFA memerlukan kira-kira RM400,000 sebulan bagi menampung skuad negeri dan Piala Presiden di mana aliran tunai banyak bergantung kepada kutipan tiket kerana mereka tidak mempunyai penaja.

Menurut beliau, kos perlawanan akan menjadi beban yang berat di samping terpaksa berhadapan dengan denda-denda yang terpaksa dijelaskan ekoran gelagat penyokong.

”Jadi, jika diputuskan terpaksa bermain sepenuhnya di tempat lawan, kita akan lakukan sehinggalah keadaan kembali tenang dan suasana kondusif tersedia semula di sini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru penyokong bola sepak Kelantan agar terus berusaha menghidupkan peluang pasukan negeri yang telah dibina dengan baik.

”Kalau sayangkan pasukan dan negeri, ambil tanggungjawab dengan tidak melakukan sesuatu yang menjejaskan,” katanya.

credit:utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: