‘Gantung Kota Bharu’


Kita cadangkan perlawanan di luar Kelantan: Polis

TRAGEDI perlakuan ganas penyokong Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, malam kelmarin, mengakibatkan wujudnya saranan supaya semua aksi Liga Malaysia tidak dilangsungkan buat sementara waktu di gelanggang itu.

Pandangan itu diberikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, atas sebab keselamatan bagi mengelak kejadian rusuhan dan keganasan sebegitu berulang. Namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak menghantar isyarat berbeza.

Jawatankuasa Pertandingan, dalam mesyuarat semalam, bersetuju mengalihkan pertemuan Kelantan-Selangor, Sabtu ini, ke Stadium Nasional, tetapi tetap mahu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) supaya perlawanan akan datang dapat terus dilangsungkan di Stadium Sultan Mohamad IV.

“Untuk perlawanan akan datang, kita cadangkan supaya diadakan di luar Kelantan kerana keadaan keselamatan di sini tidak terjamin. Polis juga mempunyai kuasa membatalkan mana-mana perlawanan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin.

“Ketika perlawanan, keadaan keselamatan adalah terkawal, tetapi tindakan penjaga gol Kelantan yang bertindak agresif selepas perlawanan menaikkan semangat penyokong menyebabkan berlaku kekecohan di luar stadium,” kata Abd Rahim.

Dalam insiden di luar stadium itu, sebahagian penyokong tuan rumah bertindak ganas merosakkan lebih 10 kenderaan, termasuk milik Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Sebuah kenderaan polis turut diterbalikkan sebelum dibakar bersama sebuah motosikal selain cermin dan pintu masuk stadium dirosakkan serta anggota polis turut dibaling dengan mercun, botol, batu, kayu dan buah-buahan.

Annuar turut akur jika itu keputusan beraksi di gelanggang luar yang ditetapkan.

“Kalau boleh beraksi di Kota Bharu lagi bagus, tetapi jika kehendak FAM mahu Kelantan bermain di luar, kita terima,” katanya.

Cuma yang menariknya, FAM sendiri tampak tidak begitu pasti bidang kuasa dimiliki Jawatankuasa Pertandingan � tafsiran terjelma apabila memutuskan bahawa kes itu akan dirujukkan ke mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, hari ini.

“Jawatankuasa Pertandingan memutuskan, atas sebab keselamatan, supaya perlawanan 11 April ini (Sabtu) diubah ke Stadium Nasional. Selepas 11 April, kita akan panggil Kafa untuk berbincang,” kata pengerusi jawatankuasa, Datuk Che Mat Jusoh.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pula berkata hukuman keterlaluan tidak harus dikenakan kerana apa perlu ditekankan ialah semangat kesukanan.

“Penyokong perlu tunjuk semangat kesukanan. Untuk kita sekat penyokong (memasuki stadium), ia agak keterlaluan. Ada langkah lain yang boleh diambil,” katanya.

Tetapi Azzuddin tambah mengelirukan keadaan apabila turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Disiplin akan mengambil tindakan terhadap Kafa berhubung insiden itu, hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: