Aidil Zafuan Kuwong



Pertahanan Negeri Sembilan mungkin ambil tindakan undang-undang

“SAYA hormati Halim (Napi) sebagai seorang pemain senior tapi saya tidak faham mengapa dia tergamak bertindak demikian kepada saya,” kata Aidil Zafuan Abdul Radzak. 

Mengakui dirinya masih trauma gara-gara diserang dan dipijak oleh penjaga gol Kelantan itu, Aidil, 23, turut tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Halim kerana tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi.

“Kesan dipijak masih dapat dilihat sehingga kini. Saya akan berbincang dengan keluarga dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengenai kemungkinan mengambil tindakan perundangan, 


“Jika perlu saya akan melakukannya kerana saya tidak mahu ia berulang lagi dan ini juga bukan kali pertama Halim bertindak ganas. 

“Keadaan huru-hara di luar stadium semalam (kelmarin) mungkin tidak akan berlaku jika Halim tidak menyerang saya, kerana bagi saya tindakannya itu menyemarakkan lagi kemarahan penyokong Kelantan yang kecewa dengan kekalahan itu,” kata Aidil.

Dalam insiden di Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA kelmarin, Halim dikatakan meluru ke arah Aidil lalu menumbuk dan memijaknya sebaik tamat perlawanan dan kekecohan itu terbawa-bawa kepada penyokong tuan rumah yang menterbalikan dan membakar sebuah kenderaan polis selain cermin beberapa kereta turut dipecahkan. 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, Halim akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan atas tindakan menumbuk dan memijak Aidil. 

“Tindakan boleh dikenakan terhadap Halim kerana mendatangkan kecederaan berdasarkan bukti daripada rakaman video tanpa perlu laporan polis dibuat terhadapnya oleh pemain Negeri Sembilan itu. 

“Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden selepas perlawanan malam tadi (kelmarin) dan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.

Abdul Rahim berkata tindakan agresif Halim itu menaikkan semangat penyokong Kelantan sehingga tercetus rusuhan di luar stadium yang memaksa polis melepaskan 20 das gas pemedih mata bagi meredakan keadaan.

credit : Bharian

TheRedWarriors said: Demo hok saloh…bakpo ajok Halim gocoh..tahu la adik demo zaquan keno tendang ko Halim tapi bola tu 50-50 keeper xdok pilihan…demo kuat duk provoke retek…padan muko..ari ni baru demo kenal Halim?????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: